Hari Balapan dan Padang sekolah telah selamat dijalankan di Stadium Educity pada 8 Febuari 2018 . Titik peluh para atlet bertanding di dalam acara kejohanan telah membuahkan hasil apabila pasukan LEOPRAD telah memenangi Anugerah Johan Keseluruhan bagi kejohanan . Bagi Anugerah Olahragawan SMK Bandar Baru Uda telah dimenangi oleh Muhd Asyraf Daniel Bin Hamizan dengan membawa pulang EMPAT emas dan Anugerah Olahragawati SMK Bandar Baru Uda telah dimenangi oleh Siti Nur Khaleeda dengan memenangi EMPAT emas. Kehadiran para pelajar memberikan sokongan kepada rumah sukan membuatkan Hari Balapan dan Padang berjalan lancar .