Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) STPM Meningkat

//Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) STPM Meningkat

Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) STPM Meningkat

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 negeri ini meningkat 0.07 peratus pada tahun 2017 berbanding 2016, iaitu 2.88 berbanding 2.81 peratus.

Menurut Tuan Haji Shaharudin Sharif , Pengarah Pendidikan Negeri Johor  , seramai 65 calon berjaya mendapat PNGK 4.00 dari­pada keseluruhan 4,803 calon, iaitu sebanyak 1.39 peratus.
Antara sekolah yang berjaya melahirkan calon cemerlang pa­ling ramai ialah SMK Tasek Utara, SMK Tinggi Muar dan SMK Sultan Ibrahim, masing-masing dengan tujuh calon serta SMK Tinggi Batu Pahat (empat calon).
Tuan Haji Shaharudin berkata, SMK Tengku Mahkota, Muar pula menerima Anugerah Sekolah Terbaik peringkat kebangsaan dengan PNGK 3.25 peratus, membabitkan 100 peratus lulus penuh dan tiga calon cemerlang.
Dua calon STPM dari negeri ini dipilih menerima Anugerah Pelajar Terbaik peringkat kebangsaan, iaitu Wong Jia Liang dari SMK Tinggi Muar dan Umie Nadia Ismail Firdaus Low dari SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar.
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.
By | March 13th, 2018|Johor Bahru|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment