Forum Antarabangsa Pengakap Kelana Sekolah Menengah 2018

//Forum Antarabangsa Pengakap Kelana Sekolah Menengah 2018

Forum Antarabangsa Pengakap Kelana Sekolah Menengah 2018

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Ahli-ahli pengakap kelana akan diberi lebih banyak peluang dan pendedahan di peringkat membuat keputusan bagi memupuk sifat kepemimpinan dalam diri mereka.

Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dr. Shafie Mohd. Salleh berkata, perkara tersebut juga sebagai langkah untuk mendapat maklum balas mengenai kehendak golongan belia masa kini.

“Sehubungan itu, kita akan memberikan peranan kepada mereka di peringkat lebih tinggi, dalam masa sama membina ke­serasian dengan pemimpin sedia ada supaya proses peralihan kepada kepemimpinan baharu kelak menjadi lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutup Forum Muda-Remaja Peringkat Kebangsaan anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Pengakap negara, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman; Pesuruhjaya Program Negara PPM, Mohd. Zulkifli Maulud dan Pesuruhjaya PPM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr. Elli Mohd. Tahir.

Seramai 35 pengakap kelana dari seluruh negara menyertai forum tersebut yang diadakan selama tiga hari sejak Jumaat lalu di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.

Forum itu antara lain bertujuan memilih dua perwakilan dan lapan pemerhati yang akan mewakili delegasi PPM ke Forum Belia Pengakap Rantau Asia Pasifik Ke-8 yang akan diadakan di Suncheon, Korea pada 29 Oktober hingga 1 November ini.

Sementara itu, Shafie berkata, PPM akan menjadi tuan rumah kepada Jambori Persekutuan Pengakap ASEAN bagi Kerjasama Serantau (ASARC) pada pertengahan tahun depan.

Serentak dengan jambori itu, beliau berkata, PPM juga mengambil keputusan untuk turut menganjurkan Jambori ASEAN bersempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

“Jika di peringkat ASEAN le­bih menumpukan kepada hal-hal berkaitan kerajaan, tetapi Jambori ASEAN lebih kepada menghubungkan masyarakat serantau.

“Satu lagi acara besar yang akan turut diadakan pada tahun depan adalah Jambori Kebangsaan dengan PPM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi tuan rumah,” ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pengakap-kelana-bakal-terlibat-8232-buat-keputusan-8211-shafie-1.133385#ixzz5CkN1uo27
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

 

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.
By | April 15th, 2018|Terkini|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.