SMKBBU

   MAKLUMAN PENTING **Pembukaan sekolah bagi pelajar Tingkatan 5 sahaja pada 24/6/2020 (Rabu). Semua ibu bapa dan penjaga diharap dapat memastikan anak yang dihantar ke sekolah dalam keadaan sihat. SMKBBU komited memberi yang terbaik untuk warga pelajarnya. SMKBBU MANTAP DAN HEBAT!

Month: February 2019

HARI PERMUAFAKATAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pada 28 Februari 2019, telah berlangsung Hari Permuafakatan bagi sesi pagi iaitu tingkatan 3 & 5 serta penyerahan bantuan awal persekolahan bagi pelajar yang kurang berkemampuan. Diharap agar semua pelajar dapat meningkatkan prestasi pada peperiksaan yang akan datang. Syabas dan tahniah!

CERAMAH JAUHI ZINA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Ceramah JAUHI ZINA yang disampaikan oleh Tuan Ungku Mohd Nabil bin Ungku Abdul Rahman daripada Jabatan Agama Islam Johor  telah diadakan bagi pelajar sesi pagi pada 28 Februari 2019. Semoga ceramah ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada para pelajar.

Lawatan Pengantarabangsaan Delegasi Ho Chi Minh City University , Vietnam .

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera . Pada tanggal 27 Mac 2019 , bersamaan hari Rabu , telah berlangsungnya Lawatan Pengantarabangsaan Delegasi Ho Chi Minh City University , Vietnam ke SMK Bandar Baru UDA . Lawatan ini telah bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari . Agenda lawatan ini diadakan kerana mereka ingin mengenali budaya …

Lawatan Pengantarabangsaan Delegasi Ho Chi Minh City University , Vietnam . Read More »

PERWATIKAHAN PEMIMPIN PELAJAR

Pada hari Ahad , 24 Februari, para pemimpin pelajar SMKBBU telah selesai mengangkat ikrar sebgagai seorang pemimpin di SMKBBU yang diketuai oleh ketua MPP iaitu Ainatul Mardhiah.Majlis perwatikahan pelajar ini  juga telah dihadiri oleh Cikgu Haji Ahmad Taufik untuk merasmikan majlis perwatikahan pelajar.Besarlah harapan guru-guru kepada para pemimpin yang telah diberi sepenuh kepercayaan  ini  untuk …

PERWATIKAHAN PEMIMPIN PELAJAR Read More »

MSSD HOKI

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pada 13-15 Februari 2019, telah berlangsungnya Kejohanan Hoki MSSD Johor Bahru lelaki & perempuan bawah 18 tahun 2019 di Stadium Hoki Taman Daya. Sekolah kita berjaya menjuarai perlawanan tersebut bagi kategori lelaki manakala sekolah kita berjaya mendapat tempat ke-4 bagi kategori perempuan. Seorang pemain hoki dinobatkan sebagai pemain hoki terbaik …

MSSD HOKI Read More »

MSSD TENIS

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pada 11-14 Februari 2019 telah berlangsungnya perlawanan tenis peringkat MSSD Johor Bahru. Sekolah kita telah menghantar wakil dan berjaya mendapat tempat ke-4 dalam perlawanan ini. Syabas dan tahniah diucapkan! Teruskan usaha, semoga berjaya.

MSSD BOLA JARING

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Sekolah kita telah menghantar wakil pasukan bola jaring bawah 18 tahun ke peringkat MSSD Johor Bahru. Perlawanan ini berlangsung pada 11-13 Februari 2019. Pasukan sekolah kita tewas pada peringkat suku akhir. Namun, tahniah diucapkan atas usaha semua pemain termasuk jurulatih! SMKBBU MANTAP DAN HEBAT!

TAKLIMAT JKJR JOHOR

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pada 13 Februari 2019, telah berlangsungnya Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu & Taklimat Keselamatan Jalan Raya oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Johor. Taklimat ini diadakan untuk mendedahkan pelajar tentang undang-undang yang ditetapkan dan dipatuhi. Diharap agar taklimat ini memperoleh manfaat untuk semua.