Pada 14 Mac 2019, seluruh sekolah di Malaysia telah mengumumkan keputusan SPM bagi sesi 2018. Sekalung tahniah buat SMKBBU kerana berjaya meningkatkan prestasi keputusan SPM 2018 dan merupakan antara sekolah harian biasa yang terbaik di Johor Bahru. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih buat semua guru SMKBBU yang gigih memberi didikan dan ilmu kepada semua anak-anak SMKBBU. Sekalung tahniah juga buat pelajar SMKBBU yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM 2018. Semoga anak-anak SMKBBU menjadi insan cemerlang dan berjaya dalam peringkat pembelajaran seterusnya dan dapat berbakti semula pada sekolah SMKBBU.