Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sukacita dimaklumkan warga SMK Bandar Baru UDA telah mengadakan persaraan cikgu zaini dan sambutan Hari Raya peringkat sekolah pada ketetapan seperti berikut.

Tarikh : 1 Julai 2019 (Isnin)

Masa : 10.30 pagi hingga 2 Petang

Tempat : Dewan SMK Bandar Baru UDA dan di kelas masing-masing

Salam perpisahan Cikgu Zaini, semoga sentiasa mengingati warga SMK Bandar Baru UDA dan mendoakan kejayaan anak-anak SMK BBU. Kami warga SMK BBU mendoakan agar cikgu Zaini dan keluarga sentiasa bahagia dan dirahmati Allah selalu.

Ucapan tahniah juga tak terhingga kepada warga Kebirus SMK BBU serta pelajar MPP tingkatan 4 dan semua yang membantu dalam melancarkan program pada hari ini dengan jayanya.

SMK BBU Mantap dan Hebat(^_^)

 

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.