
SMKBBU mengucapkan selamat maju jaya buat Puan Hjh Norhayati Bt Abdul Kadir yang akan memulakan tugas sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya Pasir Gudang.
Terima kasih atas segala khidmat bakti yang diberikan kepada @smkbbujb. Terlalu banyak jasa dan sumbangan puan dalam pembangunan sekolah dan guru. Kami warga SMKBBU mendoakan Puan terus cemerlang dan diberi kesihatan yang baik walau di mana puan berada.
Sekali lagi terima kasih atas segalanya.