SMKBBU

   MAKLUMAN PENTING **Pembukaan sekolah bagi pelajar semua pelajar. Semua ibu bapa dan penjaga diharap dapat memastikan anak yang dihantar ke sekolah dalam keadaan sihat. SMKBBU komited memberi yang terbaik untuk warga pelajarnya. SMKBBU MANTAP DAN HEBAT!

Majlis Perpisahan Guru

Selesainya Majlis Persaraan Cikgu Norani Abdullah sebentar tadi. Cikgu Norani sudah hampir 23 tahun bertugas di SMKBBU. Beliau merupakan guru Kemahiran Hidup bagi pelajar aliran biasa dan berkeperluan Khas. Terima kasih cikgu atas segala ilmu yang dicurahkan kepada anak2 SMKBBU, tak terbalas jasa cikgu❤️
Selamat Bersara Cikgu, moga dipermudahkan segala urusan dimana jua. Doakan kejayaan anak2 SMKBBU ya. 🥰

Berlangsung juga Majlis Perpindahan Cikgu Thiyagarajan ke sekolah di Kluang. Beliau merupakan Guru Matematik dan Guru Grafik berkomputer yang sudah berkhidmat hampir 17 tahun di SMKBBU. Beliau juga seorang jurulatih olahraga SMKBBU. Terima kasih cikgu atas segala ilmu bakti yang diberikan kepada anak2 SMKBBU❤️. Semoga cikgu terus cemerlang di tempat bertugas baharu. Jangan lupakan kami di @smkbbujb 🥰

TERIMA KASIH CIKGU!
DOAKAN KEJAYAAN KAMI CIKGU!
HALALKAN ILMU YANG DIBERI CIKGU!
KAMI SAYANG CIKGU💕💕💕

#majlispersaraan
#majlisperpindahan
#smkbbujb
#smkbbumantapdanhebat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.