SMKBBU

   MAKLUMAN PENTING **Pembukaan sekolah bagi tahun 2021 ialah pada 20 Januari 2021. Pelajar yang terlibat ialah Tingkatan 1, 4 dan 5 (2021) dan tingkatan 5 (2020). Kemasukan pelajar tingkatan 2 dan 3 akan dimaklumkan nanti. Semua ibu bapa dan penjaga diharap dapat memastikan anak yang dihantar ke sekolah dalam keadaan sihat. SMKBBU komited memberi yang terbaik untuk warga pelajarnya. SMKBBU MANTAP DAN HEBAT!

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2021

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.   Untuk makluman tuan/puan, pihak sekolah akan mengadakan  Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2021 sebagaimana ketetapan berikut:

TARIKH/ HARI :  17 JANUARI 2021 / AHAD

TEMPAT :  DEWAN PERDANA PIBG

MASA               :  Sila hadir pada masa yang ditetapkan seperti di bawah

Fasa              Masa
Pertama8.00 pagi – 10.00 pagi
Kedua10.30 pagi – 12.30 petang

3.  Tuan/puan dikehendaki membawa bersama perkara-perkara berikut:

3.1.  Surat Penempatan Murid

             3.2   Dokumen Pengenalan Diri Pelajar Yang Telah  dilengkapkan dan disahkan 

                     ( Sila Rujuk Buku Dokumen Pengenalan Diri Pelajar)

3.3.  Kad 001     

             3.4.  Kad Kesihatan

             3.5.  Kad Rawatan Pergigian                      

             3.6.  4 keping gambar berukuran passport

             3.7.  Bayaran Tempahan Tag Nama Pelajar RM10.00

             3.8.  Fail Personalia Pelajar

             3.9.  Jika ibu/bapa bercerai sila bawasalinan borang hak penjagaan anak .

  • Untuk makluman tuan/puan juga,semua urusan jual beli koperasi sekolah dijalankan secara “on-line”. Pengambilan barang yang di pesan secara “on line” ialah pada 14.1.2021 mulai jam 8.00-12.30 tgh.
  • Sila pastikan hanya seorang dewasa dan anak  tuan/puan hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan bersama dokumen yang lengkap,supaya kita dapat bersama-sama memendekkan masa secara bersemuka dan sila patuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.