SMKBBU

   MAKLUMAN PENTING **Pembukaan sekolah bagi pelajar semua pelajar. Semua ibu bapa dan penjaga diharap dapat memastikan anak yang dihantar ke sekolah dalam keadaan sihat. SMKBBU komited memberi yang terbaik untuk warga pelajarnya. SMKBBU MANTAP DAN HEBAT!

Pusat Sumber

Pengenalan

Pusat sumber sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. Ia merupakan pusat maklumat yang sangat penting terutama bagi institusi pengajian seperti sekolah. PSS SMKBBU bermatlamat meningkatkan mutu pendidikan sekolah dan juga membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif dalam masyarakat.

Pusat sumber ini menempatkan pelbagai buku fiksyen dan bukan fiksyen, akhbar, majalah, ensiklopedia, dan permainan dalaman (indoor games). PSS mempunyai dua tingkat iaitu tingkat bawah menempatkan  kaunter pinjaman, ruang rehat, dan Digital Learning Centre. Manakala tingkat 1 menempatkan ruang bacaan, buku-buku arkib, bilik tayang , bilik komputer, pusat akses.

Waktu Operasi

Ahad 8:00 AM - 4.00 PM
Isnin 8:00 AM - 4:00 PM
Selasa 8:00 AM - 4:00 PM
Rabu 8:00 AM - 4:00 PM
Khamis 8:00 AM - 3:30 PM
Jumaat Tutup
Sabtu Tutup