Akademik
Jom Baca Warga BBU
Salam Kepada Semua Pelajar-Pelajar SMKBBU.JB,NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) kini lebih mudah dengan Google Form jadi tunggu apa lagi, Jom Key-In.Cth:Buku (Fiksyen,bukan fiksyen,Novel Komsas, Novel Literature)Bukan Buku (Surat khabar,Majalah)Digital (Blog Akademik,E-book) https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSchnJ23roseVye4ESLAoXJL4QxvvjRVg-sXoB3MVOBkHg9YVw/viewform Google Docs PELAJAR DIKEHENDAKI MENGISI MAKLUMAT BERIKUT. TERIMA KASIH
Ucapan Khas Pengetua SMK Bandar Baru UDA
Makluman kepada semua ibu bapa dan pelajar SMKBBU, disampaikan ucapan khas Pengetua SMKBBU Pn Hjh Norhayati Bt Abdul Kadir. SMKBBU komited memberi yang terbaik untuk para pelajar.
PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM 2019
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sekolah SMKBBU mengadakan hari Penyerahan Keputusan SPM 2019 Diadakan pada : Tarikh: 5 MARCH 2020 Hari: Khamis Masa: 10 pagi – 12 tengah hari Tempat: Dewan SMKBBU Semua pelajar SPM 2019 dijemput hadir bersama ibu bapa. Sekian terima kasih.
CERAMAH TEKNIK MENJAWAB PENULISAN BM TING 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda telah mengadakan Ceramah Teknik Menjawab Penulisan Bahasa Melayu Tingkatan 1. Program ini telah diadakan pada 25 Februari 2020. Bertempat di Dewan Perdanan PIBG SMKBBU. Tahniah kepada pelajar yang telah hadir pada program tersebut dan terima kasih kepada para penceramah yang menyempurnakan program ini.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHUN 2019
Mesyuarat Agung PIBG dan majlis anugerah cemerlang akan diadakan pada: Tarikh: 16 Februari 2020 Hari: Ahad Masa: 8:00 pagi Tempat: Dewan Perdana PIBG SMK Bandar Baru UDA, JOHOR BAHRU
Bengkel mewarna pelajar SPM
Bengkel mewarna pelajar SPM telah berlangsung pada 3/2/2020, masa 10.30 hingga 1.10 di dewan SMKBBU. Para pelajar telah memberi kerjasama yang baik terhadap program ini.
Perwatikahan Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar & Hari Penetapan Target PT3 Dan SPM 2020
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sukacita SMKBBU memaklumkan bahawa akan mengadakan program tetapan berikut: Perwatikahan Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar Tarikh: 2 Februari 2020 (Ahad) Masa: 7.20 a.m.- 8.40 a.m. Tempat: Dewan SMK Bandar Baru Uda Dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Taufik Bin Hamzah( Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru Bahagian Pengurusan Sekolah) Hari Penetapan Target …
Perwatikahan Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar & Hari Penetapan Target PT3 Dan SPM 2020 Read More »
Senarai Buku 2020
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dimaklumkan bahawa SMK BBU telah mengeluarkan senarai buku yang perlu dibeli untuk pelajar tahun 2020. Harap pelajar dan ibu bapa dapat hadir. Penjualan buku beroperasi di Koperasi sekolah. Tarikh Pembelian: 23,24,26,29,30,31/12/2019 Masa: 8.00 a.m. – 12.30 p.m.
Program Kecemerlangan BM SPM
Terima kasih kepada guru guru matapelajaran bahasa melayu kerana telah menjalankan Program Kecemerlangan BM SPM pada 3 November 2019. Semoga semua pelajar tingkatan 5 dapat menjawab subjek Bahasa Melayu SPM dengan jayanya.