SMKBBU

   MAKLUMAN PENTING **Pembukaan sekolah bagi pelajar semua pelajar. Semua ibu bapa dan penjaga diharap dapat memastikan anak yang dihantar ke sekolah dalam keadaan sihat. SMKBBU komited memberi yang terbaik untuk warga pelajarnya. SMKBBU MANTAP DAN HEBAT!

Lembaga Pengawas

   

MISI & VISI LEMBAGA PENGAWAS

MISI

MEMUPUK SEMANGAT SMKBBU DALAM KALANGAN PELAJAR DEMI MENJANA MODAL INSAN BERTARAF DUNIA

VISI

KESATUAN, PROFESIONALIME, TRADISI

MATLAMAT LEMBAGA PENGAWAS

  • Melahirkan pemimpin pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi dan cemerlang semasa menjalankan tugas.
  • Melahirkan pemimpin pelajar yang berwibawa dan berkaliber dengan menjalankan tugas dengan berkualiti dan berkesan.
  • Mewujudkan suasa sekolah yang harmoni dan selamat untuk pelajar memajukan diri dalam Akademik dan Kokurikulum.

PERLEMBAGAAN BADAN PENGAWAS

PERKARA 1: NAMA

Badan perkhidmatan ini dikenali sebagai Lembaga Pengawas SMKBBU

PERKARA 2 : ALAMAT

Alamat rasmi:

Lembaga Pengawas
SMKBBU
Jalan Padi Ria 1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

PERKARA 3 : LAMBANG & MOTTO

1. Lambang :

2. Motto : KESATUAN, TRADISI, PROFESIONALISME

PERKARA 4 : OBJEKTIF

1. Menjaga nama baik sekolah

2. Menjaga dan meningkatkan disiplin

PERKARA 5 : KEAHLIAN

Fasal 1 : Komposisi Lembaga Pengawas

1. Bilangan pengawas yang sedia ada dan yang perlu dilantik adalah berubah mengikut keadaan dan keperluan semasa.

Fasal 2 : Pencalonan Pengawas

1. Pencalonan nama pengawas untuk tahun berikutnya akan dijalankan melalui borang pendaftaran sekolah pada awal bulan Ogos setiap tahun ( tarikh pencalonan boleh dilewatkan / ditangguhkan tetapi tidak boleh diawalkan ).

2. Kelayakan pelajar yang dicalonkan untuk menjadi pengawas adalah dengan mereka sendiri memohon atau dicalonkan oleh guru.

Fasal 3 : Pemilihan Pengawas Percubaan

1. Pemilihan pengawas-pengawas akan dijalankan berdasarkan beberapa ciri berikut, iaitu daya kepimpinan, kematangan, sahsiah dan prestasi akademik.

2. Guru-guru dan pengawas-pengawas berhak membantah pemilihan seseorang calon. Bantahan tersebut mesti disertai dengan alasan yang rasional dan bijak.

3. Sesi temuduga akan diadakan selepas mendapat senarai nama bagi pelajar yang layak dipilih. Hanya calon-calon yang terbaik akan dipilih.

4. Selepas Lembaga Pengaws dan Unit Displin bersetuju dengan senarai calon yang terpilih, senarai nama bakal pengawas akan dihantar kepada Pengetua.

Fasal 4: Pengawas Percubaan

1. Pelajar yang telah dipilih menjadi pengawas percubaan tidak boleh menolak perlantikan tersebut.

2. Jika seseorang pengawas percubaan ingin meletakkan jawatan tanpa alasan yang munasabah, hukuman yang setimpal akan dikenakan oleh pihak sekolah ke atas pengawas baru tersebut.

3. Selain itu, pengawas yang meletakan jawatan itu dilarang memegang jawatan dalam aktiviti ko-kurikulumnya.

Fasal 5: Upacara Perlantikan Dan Angkat Sumpah

1. Upacara perlantikan dan angkat sumpah akan berlangsung pada penggal pertama setelah tempoh melatih pengawas percubaan tamat.

2. Upacara perlantikan diadakan semasa perhimpunan dijalankan bersama dengan perlantikan badang kepimpinan lain

Angkat Sumpah:

Bahawa sahnya, kami sekarang dipilih menjadi pengawas sekolah, iaitu sebagai satu contoh untuk membentuk keadaan yang baik, menjaga tatatertib sekolah dan menjadi ketua supaya murid akan bekerjasama dengan sekolah, menjalankan tugas kami dengan bersungguh-sungguh.

Fasal 6 :Tanggungjawab Pengawas

1. Tali leher pengawas merupakan symbol kehormatan dan kuasa pengawas. Oleh itu, pengawas mesti memakai tali leher pada bila bila masa pun (kecuali semasa menghadiri kelas pedidikan jasmani ).

2. Pengawas mesti menggunakan kuasa yang diberi dengan sebaik-baiknya dan bukan dengan sesuka hati.

3. Seorang pengawas sekolah harus berkelakuan baik, adil, saksama, bersopan-santun menjadikan diri sebagai teladan kepada pelajar dan tidak melanggar peraturan sekolah.

4. Pengawas tidak boleh lewat sama ada ke kelas rasmi, kelas tambahan, menjalankan tugas ataupun menghadiri perjumpaan / mesyuarat (kecuali dalam keadaan tertentu dan keizinan telah diberikan)

5. Pengawas harus tegas dan serius semasa bertugas. Jika mendapati seseorang pelajar telah melanggar peraturan sekolah, pengawas harus mengambil tindakan yang sewajarnya tetapi bukan pilih kasih kerana takut dimarahi oleh kawan.

6. Pengawas juga betanggungjawab atas kebersihan sekolah. Jika terjumpa pelajar yang sengaja membuang sampah, pengawas harus mengambil tindakan.

7. Pengawas juga akan menjalankan tugas yang ditetapkan sepertu tugas harian dan membuat rondaan.

8. Apabila mengahadapi masalah, semua pengawas harus bersatu padu untuk menyelesaikannya, Sekiranyan terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan, pengawas boleh berbincang dengan Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas, Ketua / Penolong Ketua Pengawas atau guru penasihat/ guru disiplin.

9. Setiap pengawas harus memperbaiki kelakuan kendiri pada setiap masa dan selalu berbincang dengan pengawas lain tentang masalah yang dihadapi serta cara untuk mengatasinya.

10. Setiap pengawas harus giat menyertai aktiviti-aktiviti Lembaga Pengawas untuk mengeratkan hubungan.

11. Setiap urusan dalam lembaga pengawas tidak harus dibocorkan. Jika terdapat kes pembocoran yang dilakukan dengan tidak sengaja, pengawas lain harus memberi panduan dan nasihat.

12. Pengawas tidak boleh mengadakan mesyuarat secara bersendirian. Mesyuarat mesti diadakan bersama guru, ketua/penolong ketua pengawas.

13. Walaupun berada di luar sekolah, pengawas masih harus menjaga imej diri dan nama baik sekolah, tidak menyertai aktiviti yang kurang sihat, tidak melepak atau merayau-rayau di merata tempat dalam pakaian seragam.

Fasal 7: Pemecatan Dan Denda

1. Setiap pengawas mesti mematuhi Perlembagaan Lembaga Pengawas. Jika terdapat pengawas yang melakukan kesalahan, tindakan-tindakan berikut akan diambil secara berperingkat:

a) Memberi nasihat dan bimbingan
b) Memberi amaran
c) Dikenakan markah demerit dan penambahan tugasan d) Digantung tugas
e) Dipecat

2. Untuk kes kesilapan serius pihak sekolah berhak melucut jawatan pengawas serta-merta tanpa sebarang amaran.

3. Untuk kesilapan-kesilapan yang tidak begitu serius denda dalaman lembaga pengawas akan dikenakan.

PERKARA 6: PENTADBIRAN

Fasal 1: Pihak Pentadbiran Sekolah Dengan Pengawas

1. Pengawas boleh mengemukakan apa-apa pun kepada pihak pentadbiran sekolah pada bila-bila masa.

2. Lembaga Pengawas bertanggunagjawab secara langsung kepada kepada Pengetua dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM).

Fasal 2: Guru Lembaga Pengawas /Guru Disiplin dengan Pengawas

1. Guru penasihat Lembaga Pengawas / guru disiplin akan dilantik oleh Pengetua.

2. Guru –guru ini bertanggungjawab menasihati Lembaga Pengawas dalam semua perkara.

Fasal 3: Pemilihan Ahli Jawatankuasa

1. Setiap tahun, kira-kira 90 orang pengawas akan dilantik dari Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5.

2. Ahli jawatan kuasa tertinggi (HICOM) terdir daripada Ketua pengawas (seorang), Penolong Ketua Pengawas (seorang) , Timbalan Ketua Pengawas (2 orang), setiausaha agong (seorang), bendahari kehormat (seorang) dan Ketua Biro (9 orang)

4. Semua HICOM terdiri daripada murid-murid tingkatan 5

Fasal 4 : Komposisi Biro Dan Kuasanya

1. Ahli-ahli biro termasuk semua pengawas dari semua tingkatan dan diketuai oleh murid tingkatan 5.

2. Mesyuarat biro berfungsi apabila sesuatu yang penting perlu dibuat. Mengikut bidang tugas biro masing-masing.

3. Setiap ahli mempunyai 1 undi dalam mesyuarat-mesyuarat biro. Walaubagaimanapun, ketua pengawas masih mempunyai kuasa veto jika undian adalah kurang daripada 2/3 undian majoriti Kuasa veto ketua pengawas akan dimansuhkan dengan 2/3 undian exco.

Fasal 5 : Tugas Dan Peranan Jawatankuasa

Ketua Pelajar

1. Ketua pelajar mewakili lembaga pengawas dalam semua perkara.

2. Dia akan mempengerusikan semua mesyuarat lembaga pengawas.

3. Dia akan mengagihkan tugas-tugas kepada para pengawas.

4. Semua keputusan yang dibuat oleh lembaga pengawas mesti mendapat persetujuan sekurang-kurangnya 2/3 majoriti. Jadi jika sesuatu keputusan dibuat dengan persetujuan yang kurang daripada jumlah tersebut, ketua pelajar akan membuat keputusan muktamad.

Penolong Ketua Pelajar (Tingkatan 5)

1. Penolong ketua pelajar dari tingkatan 5 ini akan membantu ketua pelajar dalam semua perkara.

2. Dia akan mengambil tempat ketua pengawas semasa ketidakhadiran ketua pelajar.

3. Dia tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa merujuk kepada ketua pelajar kecuali dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh ketua pelajar.

4. Penolong ketua pengawas akan menyimpan satu rekod tentang semua denda dan hukuman yang diambil ke atas pengawas-pengawas.

5. Penolong ketua pengawas berkuasa menegur dan mendenda pengawas-pengawas yang melakukan kesalahan terutamanya tentang kelakuan yang telah melanggar peraturan sekolah.

Timbalan Ketua Pelajar (Tingkatan 5)

1. Timbalan ketua pelajar dari tingkatan 5 terbahagi kepada timbalan ketua pelajar bahagian asrama dan sekolah

2. Mereka bertanggungjawab menyelia dan menyelaras program-program dan disiplin di sekolah dan. asrama.

3. Mereka berkuasa menegur dan mendenda murid-murid yang melakukan kesalahan terutamanya tentang kelakuan yang melibatkan kelewatan menghadiri program-program anjuran sekolah serta masalah disiplin di asrama.

Setiausaha Agong

1. Setiausaha agong dan penolong setiausaha akan menyimpan satu rekod tentang semua mesyuarat yang diadakan.

2. Mereka bertanggungjwab atas perihal surat menyurat lembaga pengawas. Walaubagaimanapun, kebenaran dan persetujuan daripada ketua pengawas mesti didapatkan sebelum surat-surat tersebut dikirim.

3. Mereka bertugas untuk menyelaraskan papan kenyataan lembaga pengawas dan mengemaskininya.

Bendahari Kehormat

1. Bendahari kehormat dan penolong bendahari bertanggungjawab untuk menyimpan satu akaun tentang perbelanjaan / kutipan yuran lembaga pengawas.

2. Mereka akan membuat satu laporan tentang perbelanjaan / kutipan yuran lembaga pengawas sekurang-kurangnya sekali setahun.

3. Semua denda ke atas pengawas dan pelajar pelajar akan diserahkan kepada mereka.

Ahli Jawatankuasa Biro

1. Ahli jawatankuasa dibahagi kepada 9 Biro :
a) Biro Akademik
B) Biro Perhimpunan Rasmi
C) Biro Kebajikan
D) Biro Sukan
E) Biro Multimedia
F) Biro Disiplin
G) Biro 4k
H) Biro Kafeteria
I) Biro Dewan Makan

2. Setiap biro diketuai oleh seorang ketua (pengawas tingkatan 5 ) dan seorang penolong ketua biro (pengawas tingkatan 4).

3. Setiap bahagian juga dianggotai oleh pengawas yang lain (tingkatan 2 dan 3) sebagai ahli kumpulan.

4. (seperti Bahagian Kebersihan / Keceriaan, Bahagian Pengurusan Data) atau menjalankan tugas khas yang diberi oleh guru penasihat (seperti menyediakan kertas kerja).

Pengawas-Pengawas

1. Para pengawas akan bertugas di kawasan sekolah untuk menjaga mengekalkan disiplin pelajar.

2. Para pengawas akan menjalankan tugas-tugas yang diberikan oleh pengetua, guru-guru dan ketua pengawas.

3. Mereka akan cuba mencegah sebarang kerosakan di sekolah.

4. Mereka diberi kuasa untuk mencatat nama-nama pelajar yang melanggar peraturan sekolah.