SMKBBU

   MAKLUMAN PENTING **Pembukaan sekolah bagi pelajar semua pelajar. Semua ibu bapa dan penjaga diharap dapat memastikan anak yang dihantar ke sekolah dalam keadaan sihat. SMKBBU komited memberi yang terbaik untuk warga pelajarnya. SMKBBU MANTAP DAN HEBAT!

Peraturan Sekolah

BAHAGIAN A

1. PENDAHULUAN

1.1 Untuk menjalankan kuasa yang diperuntukkan dalam Education (School Discipline) Regulation 1959 Seksyen 4 dan 6, maka Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA dengan ini membuat peraturan yang dikuatkuasakan mulai Januari 2007.

1.2 Peraturan ini dinamai Peraturan Sekolah Menengah Bandar Baru UDA. 1.3 Peraturan ini atau mana-mana bahagian dalam peraturan ini boleh dipinda atau ditambah dimansuhkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kesesuaian. 1.4 Setiap pelajar juga tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan mana-mana pihak berwajib yang ada hubungan rapat dengan sekolah.

2. PENGUATKUASAAN

2.1 Semua guru sekolah ini merupakan guru disiplin(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 10/2001) dan diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan sekolah. 

2.2 Semua pengawas sekolah ini diberi kuasa untuk membantu guru-guru menguatkuasakan peraturan sekolah. 2.3 Setiap pelajar sekolah ini dikehendaki mematuhi setiap peraturan yang ada, termasuk peraturan-peraturan baru atau undang-undang kecil yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah mengikut keperluan.

2.4 Mana-mana pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan ini akan dikenakan tindakan disiplin.

3. KUASA MENJALANKAN HUKUMAN

Berikut ialah mereka yang diberi mandat untuk menjalankan hukuman mengikut budi bicara berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.

i. Pengetua
ii. Penolong Kanan
iii. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
iv. Penolong Kanan Petang
v. Guru-guru Disiplin
vi. Guru-guru SMK Bandar Baru UDA yang diberi kuasa merotan (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2003).

Hukuman yang dikenakan sebenarnya untuk memberikan pengajaran dan mendidik para pelajar supaya tidak mengulangi kesalahan lagi. 

4. PENGAWAS

4.1 Pengawas adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih daripada pelajar-pelajar yang mempunyai peribadi yang baik, jujur, dedikasi dan berani menjalankan tugas.

4.2 Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk memastikan setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh para pelajar.

4.3 Pengawas-pengawas berhak menegur serta memberikan arahan yang sesuai kepada para pelajar. Menentang atau mengingkari arahan pengawas ialah perbuatan melanggar disiplin sekolah.

                                                 BAHAGIAN B
PERSEKOLAHAN, PERHIMPUNAN SEKOLAH, KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH DAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH

1. WAKTU PERSEKOLAHAN

1. 1.Waktu hadir dan pulang

a) Waktu persekolahan bagi sesi pagi jam 7.25 pagi hingga 1.05petang. Waktu persekolahan bagi sesi petang adalah dari jam 1.10 hingga jam 6.45 petang.
b) Pelajar-pelajar hendaklah berada di dalam kawasan sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum loceng dibunyikan.
c) Pelajar yang datang lewat akan dicatat namanya oleh yang bertugas. Kelewatan tanpa alasan yang munasabah akan diambil tindakan – surat amaran lewat.
d) Kedatangan pelajar yang lewat akan ditanda (L) dan (P) untuk pelajar yang ponteng dalam jadual kehadiran.
e) Pada waktu akhir jam 1.05 tengah hari (bagi sesi pagi) dan 6.45 petang (bagi sesi petang), setiap pelajar hendaklah menyusun meja dan membersihkan kelas, beratur dalam dua barisan dan bergerak keluar mengikut pintu yang ditetapkan. Pastikan lampu dan kipas dipadamkan sebelum meninggalkan kelas.
f) Pelajar yang datang lewat ke sekolah iaitu selepas jam 7.20 pagi bagi sesi pagi dan jam 12.50 bagi sesi petang akan didenda mengikut peraturan sekolah.

1.2. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah selepas waktu sekolah atau semasa cuti tanpa diiringi oleh guru dan perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pengetua atau wakilnya.

1.3. Kehadiran ke sekolah kerana tujuan tertentu yang dijadualkan oleh pihak sekolah berkaitan dengan kurikulum adalah wajib apabila diarahkan oleh guru.

2. PERHIMPUNAN SEKOLAH

2.1. Perhimpunan mingguan (rasmi) diadakan pada setiap hari Ahad dan pelajar wajib hadir dalam perhimpunan yang diadakan itu.

2.2. Datang dengan seberapa segara ke tempat perhimpunan .

2.3. Berbaris lurus dan senyap mengikut tingkatan di tempat yang ditentukan.

2.4. Sewaktu bendera dinaikkan dan lagu dinyanyikan, pelajar hendaklah berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku, lagu rasmi negeri Johor, lagu sekolah dan lagu patriotik dengan penuh semangat.

2.5. Pelajar-pelajar hendaklah berdiri tegak di mana-mana sahaja dalam kawasan sekolah semasa lagu kebangsaan, lagu negeri, lagu sekolah dan lagu patriotik dinyanyikan.

2.6. Pelajar yang datang lewat tidak dibenarkan masuk ke barisan tingkatan dan hendaklah membuat satu barisan khas di tempat perhimpunan. Tindakan akan diambil kepada pelajar-pelajar selepas bersurai.

2.7. Pelajar hendaklah sentiasa senyap dan menumpukan perhatian kepada pengumuman atau ucapan yang disampaikan.

2.8. Perhimpunan harian (jika ada) hendaklah dilangsungkan sebelum pelajar bergerak ke kelas masing-masing. Perhimpunan dijalankan secara ringkas di bawah kelolaan Guru Bertugas.

2.9. Setelah selesai perhimpunan, semua pelajar akan bergerak secara teratur dan senyap ke kelas masing-masing mengikut laluan yang telah ditetapkan dengan diiringi guru mata pelajaran pertama.

3. KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH

3.1. Semua pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah pada waktu persekolahan termasuk pada waktu rehat kecuali dengan kebenaran daripada pengetua apabila

a) Ibu bapa datang menjemput kerana sebab-sebab tertentu.
b) Dihantar oleh guru ke tempat yang diperlukan.

3.2. Pelajar yang terpaksa pulang awal kerana sebab-sebab tertentu perlu mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan iaitu:

a) Berhubung dengan guru tingkatan/guru bertugas/guru penasihat mengenai alasan untuk pulang awal.
b) Berhubung dengan ibu bapa/penjaga/ahli keluarga supaya datang menjemput pelajar tersebut pulang. Jika ibu bapa/penjaga/ahli keluarga tidak dapat dihubungi guru bertugas perlu memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
c) Guru berkenaan memberitahu Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Petang dan mencatat nama pelajar, tingkatan, sebab pulang awal dan tandatangan ahli keluarga yang membawa pulang di dalam buku (Murid Keluar Awal).
d) Pelajar tersebut dilarang pulang bersendirian tanpa diiringi oleh ahli keluarga atau guru bertugas atau wakil yang diarahkan oleh pengetua kecuali dalam kes-kes tertentu.

3.3. Sebab-sebab yang membolehkan pelajar pulang lebih awal atau keluar dalam waktu persekolahan ialah :

a) Sakit
b) Ada aktiviti sekolah yang dijalankan di luar
c) Jika berlaku kecemasan/kemalangan kepada keluarga yang terdekat.

4. KEHADIRAN KE SEKOLAH

4.1. Pelajar-pelajar mestilah hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan dan hendaklah mengikuti semua mata pelajaran yang tercatat dalam jadual waktu.

4.2. Bagi pelajar yang tidak hadir atas sebab-sebab tertentu, ibu bapa atau penjaganya hendaklah menghantar surat atau memberitahu guru tingkatan berkenaan melalui telefon/datang ke pejabat.

4.3. Seseorang pelajar yang tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut-turut tanpa surat /berita akan disiasat. Pihak sekolah akan menghantar surat kepada ibu bapa atau penjaganya untuk mendapatkan penjelasan.

5. KEHADIRAN KE AKTIVITI KOKURIKULUM

5.1. Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan (Perkara 5.1 Surat Pekeliling Iktisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld.II(29)).

5.2. Ketidakhadiran murid dalam bahagian kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftar diri untuk menyertainya merupakan suatu kesalahan yang boleh menyebabkan murid tersebut dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas.

5.3. Kehadiran akan direkod dalam kad kokurikulum untuk penilaian.

5.4. Pelajar dikehendaki hadir pada waktu dan hari yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

6. KES-KES PONTENG SEKOLAH

6.1. Ponteng sekolah merupakan salah laku yang sering dilakukan oleh pelajar sekolah dan fenomena ini sering tidak diketahui dan sukar dikesan oleh ibu/ bapa/ penjaga mahupun pihak sekolah.

6.2. Untuk mengatasi masalah ponteng ini, maka dilampirkan tindakan yang akan diambil oleh pihak sekolah.



6.3. Walau bagaimanapun tuan/ puan boleh membuat rayuan untuk anak-anak tuan/ puan bersekolah semula melalui Jabatan Pelajaran Negeri Johor, dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan Surat Pemberitahuan Buang Sekolah. Seperti yang diperuntukkan pada para 10.2 Ordinan Pelajaran 1957, peraturan-peraturan Pelajar/ Disiplin sekolah 1959.

Petikan: Panduan bagi mengatasi masalah ponteng di sekolah. Unit Disiplin Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia 1994.

BAHAGIAN C

PAKAIAN- PAKAIAN SERAGAN, PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI

1. PAKAIAN SERAGAM(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1983)

1.1 Pakaian Pelajar Lelaki

Baju Kemeja

a) Kemeja kapas biasa berwarna putih, berkolar dan satu kocek di sebelah kiri dada.
b) Diperbuat daripada kain kapas atau ‘tetron cotton’.
c) Butang dan jahitan mesti berwarna putih. Butang hendaklah sentiasa dikancing.
d) Baju yang berlengan pendek tidak boleh dilipat, tidak terlalu ketat atau terlalu longgar dan tidak berfesyen.
e) Baju sentiasa dimasukkan (tuck-in) ke dalam seluar.
f) Lencana sekolah hendaklah dijahit pada kocek baju. Tanda nama pula dijahit pada bahagian atas lencana sekolah.
g) Jika ingin memakai tali leher, pelajar perlu sentiasa memakai tali leher sekolah dengan kemas (pilihan) – tidak boleh melonggarkan tali leher sehingga menampakkan dada atau butang yang kedua.
h) Songkok yang dibenarkan adalah mempunyai ketinggian tidak melebihi 4 inci dan berwarna hitam.

Seluar

a) Seluar panjang berwarna hijau (ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia)
b) Seluar hendaklah potongan biasa, seluar “jean” dan potongan “jean” tidak dibenarkan.
c) Kocek hendaklah berjenis tebukan bukan kocek bertampal.
d) Seluar yang ketat atau terlalu longgar tidak dibenarkan.
e) Panjang seluar hendaklah sampai ke bawah buku lali.
f) Luas hujung kaki seluar:
g) Murid berbadan kecil (18cm – 12cm)
h) Murid berbadan sederhana(21cm – 23cm)
i) Murid berbadan besar (23cm – 25cm)
j) Tidak boleh berfesyen seperti “bootcut” dan “kecil” bahagian bawahnya.

Tali Pinggang

a) Lebar tali pinggang tidak melebihi 3cm.
b) Kepala tali piggang yang besar dan berfesyen tidak dibenarkan.
c) Tali pinggang kulit tidak dibenarkan.

1.2 Pakaian Pelajar Perempuan

Kain

a) Berwarna biru cerah (ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia).
b) Kain daripada jenis kapas atau “tetron cotton” bukan daripada jenis sutera, satin dan jarang.
c) Panjang kain di bawah aras buku lali.
d) Kain susun, bukan potongan A dan selisih depan tidak dibenarkan.
e) Pelajar hendaklah memakai kain dalam – panjang kain dalam hendaklah melebihi paras lutut.

Baju Kurung

a) Baju mestilah potongan baju kurung Johor (Teluk Belanga).
b) Kain kapas atau “tetron cotton” bukan daripada jenis sutera, satin dan jarang.
c) Berwarna putih, lengkap dengan butang atau kancing baju yang tidak melebihi ukuran syiling 5 sen. Pin dawai (safety pin) tidak dibenarkan.
d) Pelajar hendaklah memakai anak baju (camisole) yang berwarna putih/ krim dan labuhnya melebihi paras pinggang.?
e) Panjang atau labuh baju hendaklah 2 inci di bawah paras lutut. Panjang lengan bagi baju kurung pula pada paras pergelangan tangan dan tidak boleh dilipat.
f) Murid Islam yang bertudung wajib memakai telekung mini berserta serkup yang berwarna putih tanpa renda, tanpa manik-manik dan tidak bersulam.
g) Labuh tudung mestilah menutupi depan dada dan belakang dada murid hingga paras pinggang.
h) Pelajar tidak dibenarkan memakai sebarang kerongsang pada tudung.
i) Pelajar bukan Islam yang memakai baju kurung perlu memakai butang atau kancing di leher baju kurung.
j) Jahit lencana pada bahagian kiri tudung (paras dada) dan di atasnya tanda nama hendaklah dijahit (bukan ditampal).
k) Pelajar tidak dibenarkan pakai tudung berwarna hitam untuk setiap aktiviti.

Pinafore dan Kemeja

a) “Pinafore” hendaklah berwarna biru cerah (ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia )
b) Baju kemeja putih jenis kapas berlengan pendek dan tidak boleh dilipat.
c) Fabrik yand digunakan hendaklah diperbuat daripada kain kapas atau “tetron cotton”.
d) Bahagian kiri hendaklah dijahit tanda nama dan lencana sekolah.
e) Jika ingin memakai tali leher, pelajar perlu sentiasa memakai tali leher sekolah dengan kemas (pilihan) – tidak boleh melonggarkan tali leher sehingga menampakkan dada atau butang yang kedua.
f) Panjang atau labuh “pinafore” 2 inci di bawah paras lutut, tidak singkat dan tidak terlalu ketat.
g) Lencana sekolah hendaklah dijahit pada bahagian dada sebelah kiri “pinafore” dan di atasnya hendaklah dijahit tanda nama.
h) Pelajar tidak dibenarkan memakai sebarang T-shirt lain di dalam baju kemeja selain yang berwarna putih sahaja dan tanpa bercorak.

2. PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI

2. 1 T-shirt PJK(merah jambu)
a) Pelajar perempuan Islam wajib memakai T-shirt berlengan panjang.

2.2 Seluar Panjang Sukan
a) Seluar Panjang Sukan hanya berwarna hitam atau biru gelap dan tidak terlalu ketat.

3. KASUT DAN STOKING

3.1 Pelajar diwajibkan memakai kasut dan stoking.

3.2 Kasut kanvas mestilah berwarna putih, tidak berbelang-belang/ bercorak-corak.

3.3 Kasut bukan daripada jenis kulit, PVC dan plastik.

3.4 Stoking pendek berwarna putih (tidak berjalur pada bahagian putih).

3.5 Stoking mesti atas buku lali.

4. PAKAIAN KOKURIKULUM

4.1 Pelajar hendaklah memakai pakaian unit kokurikulum masing-masing pada setiap hari Rabu.

4.2 Pelajar hendaklah memakai pakaian sukan yang lengkap mengikut warna pasukan rumah bagi menghadiri aktiviti sukan.

4.3 Pelajar dikehendaki memakai pakaian lengkap sekolah semasa menyertai lawatan anjuran kelab/ persatuan sekolah kecuali dengan izin pengetua.

4.4 Pelajar tdak dibenarkan memakai seluar pendek semasa berada di sekolah untuk setiap aktiviti.

5. PAKAIAN PADA WAKTU-WAKTU LAIN

5.1 Pelajar hendaklah memakai pakaian seragam sekolah atau baju T sekolah dan “track suit”semasa menghadiri kelas tambahan.

5.2 Sebarang jenis selipar tidak sesuai dipakai oleh pelajar-pelajar apabila masuk ke kawasan sekolah.

5.3 Pakai pakaian yang sesuai dan sempurna semasa datang ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan PT3 dan SPM. Keputusan tidak akan dikeluarkan jika pelajar tidak memakai pakaian yang sesuai dan kemas.

5.4 Berpakaian kemas dan sesuai ketika berurusan dengan pihak sekolah seperti meminta surat rawatan doktor, sijil berhenti sekolah, minta pengesahan salinan-salinan sijil dan seumpamanya. Memakai pakaian yang tidak sesuai mengikut pertimbangan pihak sekolah segala urusan tidak akan dilayan.

                                                BAHAGIAN D

PENAMPILAN DIRI

1. RAMBUT PELAJAR LELAKI/ MISAI/ JANGGUT

1.1. Sebarang jenis rambut hendaklah pendek dan kemas.

1.2. Rambut hadapan tidak menutupi dahi (paras tengah dahi).

1.3. Rambut tepi tidak menyentuh telinga.

1.4. Rambut belakang nipis dan tidak menyentuh kolar baju.

1.5. Potongan rambut tidak boleh berfesyen (seperti “punk”, diwarnakan atau dikeritingkan, berekor, berjuntai di hadapan, ala beatle, hipi, tercacak-cacak).

1.6. Semua fesyen rambut yang mencolok mata adalah dilarang.

1.7. “Sideburn” tidak boleh melebihi garisan tengah hidung.

1.8. Tidak dibenarkan menyimpan janggut, misai atau jambang – rujuk lampiran.

2. PELAJAR PEREMPUAN

2.1. Rambut tidak mencecah paras bahu, jika melebihi paras bahu rambut perlu diikat dengan kemas pada pangkal rambut dengan pengikat rambut yang berwarna hitam sahaja.

2.2. Tidak dibenarkan menjuraikan/ melepaskan rambut. Rambut yang terjurai perlu disepit dengan penyepit yang dibenarkan.

2.3. Rambut pendek perlu disikat dengan kemas dan sepitkan rambut yang panjang lebih daripada paras telinga atau dahi

2.4. Tidak dibenarkan mewarnakan rambut dan berfesyen.

2.5. Reben dan penyepit rambut yang dibenarkan adalah yang berwarna dan hitam sahaja dan tidak berfesyen yang keterlaluan.

3. PERSOLEKAN/ BERHIAS DIRI

3.1. Pelajar dilarang bersolek ke sekolah (seperti memakai gincu, mascara, mekap dan eye-shadow).

3.2. Pelajar dilarang mencukur atau mencabut bulu kening.

3.3. Semua pelajar tidak dibenarkan memelihara/ menyimpan kuku yang panjang. Kuku mesti dalam keadaan bersih, pendek dan tidak diwarnakan.

4. CERMIN MATA

4.1. Bingkai cermin mata hendaklah nipis dan tidak berwarna-warni.

4.2. Cermin mesti jernih dan tidak berwarna.

4.3. Tidak boleh berfesyen dan ranggi.

 

PAKAIAN PELAJAR LELAKI

 

POTONGAN RAMBUT BAGI PELAJAR

PAKAIAN DAN POTONGAN RAMBUT BAGI PELAJAR PEREMPUAN

BAHAGIAN E

PENGGUNAAN BILIK DARJAH, BILIK-BILIK KHAS, KEMUDAHAN AWAM DAN HARTA BENDA SEKOLAH

1. BILIK DARJAH(KELAS)

1.1 Kebersihan Dan Keceriaan Kelas

a) Setiap kelas hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria dan dihias dengan bahan-bahan berunsur pendidikan. Setiap pelajar dalam kelas bertanggungjawab terhadap kebersihan kelas masing-masing.

b) Patuhi jadual giliran bertugas.

c) Kerusi meja hendaklah dalam keadaan kemas dan tersusun. Setiap pelajar bertanggungjawab terhadap kerusi meja yang diperuntukkan kepada mereka.

d) Setiap kerosakan perabot, peralatan dan kemudahan elektrik di dalam kelas hendaklah dilaporkan serta-merta kepada pihak sekolah.

e) Pelajar dikehendaki menggantikan sebarang korosakan yang disebabkan oleh kecuaian pelajar sendiri.

Page | 29

f) Pelajar hanya dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah pada masa belajar sahaja.

g) Pelajar tidak dibenarkan menukarkan pakaian di dalam bilik darjah.

h) Pelajar tidak dibenarkan makan/minum di dalam bilik darjah.

i) TutUp lampu/kipas semasa meninggalkan kelas.

1.2 Papan Kenyataan

a) Papan kenyataan di dalam kelas hendaklah memaparkan maklumat-maklumat berikut:

Carta Organisasi Kelas Jadual Waktu Kelas
Jadual Bertugas Harian

Pelan Kedudukan Pelajar Serta Nombor Kerusi Meja Arahan Kawad Kebakaran

Sudut Mata Pelajaran

Senarai Barang/ Perabot Di Dalam Kelas(Daftar Inventori)

1.3 Disiplin Ketika Di Dalam Kelas

a) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran guru atau ketua kelas.

Page | 30

b) Semasa guru tidak ada dalam kelas pelajar-pelajar hendaklah membuat kerja yang berfaedah tanpa berbuat

bising. Ketua kelas bertanggungjawab menjaga ketenteraman kelasnya.

c) Ketuk pintu untuk mendapat kebenaran masuk dan minta kebenaran guru/ketua kelas membuat sesuatu.

d) Suasana di dalam kelas hendaklah menggambarkan suasana pembelajaran tanpa sebarang gangguan kebisingan.

e) Setiap pelajar tidak boleh menimbulkan gangguan pada waktu pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah perbuatan berbual-bual, berbuat bising, berjalan-jalan di dalam kelas, bergurau senda, bergaduh dan sebagainya.

f) Ketika pertukaran waktu, sementara menunggu ketibaan guru, setiap pelajar hendaklah dalam keadaan senyap dan duduk di tempat masing-masing.

g) Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat.

h) Pelajar tidak dibenarkan menggunakan bilik darjah untuk sebarang perjumpaan atau majlis-majlis tertentu tanpa kebenaran pengetua.

Page | 31

1.4 Keselamatan Bilik Darjah

a) Pelajar dilarang merosakkan harta benda kelas, menconteng, menulis atau mengotorkan papan tulis, papan kenyataan, meja tulis dan sebagainya.

b) Pelajar dilarang menyalahgunakan perabot dan elektrik di dalam kelas. Segala kipas dan lampu mestilah ditutup/ dipadamkan semasa meninggalkan kelas. Pelajar tidak dibenarkan membawa perabot keluar dari kelas.

c) Pelajar dilarang menanggalkan cermin tingkap dan keluar melaluinya.

d) Kerusi, meja, cermin tingkap dan perabot yang rosak/ pecah tidak dibenarkan diletakkan di dalam kelas dan hendaklah segera laporkan kepada guru. Jangan cuba membaiki sendiri jika terdapat kipas atau lampu yang rosak.

e) Cermin tingkap yang pecah hendaklah digantikan dengan segera.

f) Utamakan keselamatan dan sentiasa peka akan loceng keselamatan .

g) Beratur meninggalkan kelas dengan segera apabila loceng kecemasan dibunyikan dan terus menuju ke tempat lapang.

h) Bawa barang yang penting sahaja dan sentiasa patuhi arahan guru dari semasa ke semasa.

Page | 32

1.5 Keluar Kelas

a) Pelajar hendaklah mendapatkan keizinan daripada guru jika ingin keluar dari kelas. Pelajar hendaklah menggunakan “PAS TANDAS” atau “PAS KELUAR”

(guru). Pas keluar yang digunakan hanya untuk seorang pelajar sahaja pada satu-satu masa kebenaran diberikan.

b) Pelajar mesti memiliki “PAS TANDAS”. Pelajar perlu mendapatkan kebenaran dan tandatangan guru jika ingin keluar dari kelas.

c) Pelajar tidak boleh menggunakan “PAS TANDAS” pelajar lain.

d) Apabila keuar untuk ke makmal, Bilik ERT, Bilik SPT, Bilik Lukisan atau ke padang untuk Pendidikan Jasmani, pelajar hendaklah beratur berdua-dua mengikut kumpulan kelas.

e) Setiap pelajar dilarang berada di luar kelas masing-masing pada waktu ketiadaan guru atau ketika guru belum sampai.

f) Pelajar tidak dibenarkan keluar ke tandas pada waktu pertama, waktu sebelum dan selepas rehat serta waktu terakhir.

g) Amalan budi bahasa dan sopan santun dalam pergaulan, elakkan pergaduhan, jangan bergurau, bermain dan berlari di dalam kelas.

Page | 33

2. PUSAT SUMBER
(PERPUSTAKAAN DAN BILIK MEDIA)

2.1 Pusat sumber ialah tempat untuk membaca dan mengulang kaji pelajaran BUKAN tempat bersembang, bermain, berbuat bising atau tidur.

2.2 Gunakan buku/ peralatan dengan cermat dan pulangkan semula ke tempat asal.

2.3 Elakkan perbuatan yang boleh menggangu pelajar lain sedang membaca/ belajar di pusat sumber.

2.4 Pelajar dialrang menyalahgunakan buku atau bahan bacaan di perpustakaan termasuk menconteng atau mengoyaknya. Perbuatan mencuri buku atau bahan bacaan lain akan dikenakan tindakan tegas.

2.5 Pelajar atau kumpulan pelajar yang melanggar peraturan penggunaan pusat sumber akan dikenakan tindakan disiplin dan/ atau digantung keanggotaannya serta dilarang daripada memasuki atau menggunakan kemudahan pusat sumber.

3. KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

3.1 Pelajar yang ingin berjumpa dengan kaunselor, hendaklah mendaftarkan diri untuk janji temu dengannya pada waktu tidak belajar.

Page | 34

3.2 Pelajar yang ada janji temu dengan kaunselor hendaklah mendapatkan kebenaran guru di dalam kelas sebelum meninggalkan kelas

4. BILIK RAWATAN

4.1 Pelajar yang perlu berehat di bilik rawatan kerana masalah kesihatan hendaklah mendapatkan bantuan guru bertugas dan kebenaran daripada pengetua atau wakilnya.

4.2 Pelajar hendak mendapatkan rawatan di hospital/ klinik kerajaan perlu mendapatkan “Surat Rawatan Percuma” daripada pihak sekolah yang ditandatangani oleh pengetua atau wakilnya.

4.3 Jika urusan ke hospital atau klinik kerajaan dilakukan pada waktu persekolahan, pelajar tertakluk kepada peraturan “Keluar Dari Kawasan Sekolah”.

5. BILIK AIR/ TANDAS

5.1 Jaga kebersihan tandas.

5.2 Pelajar-pelajar hanya dibenarkan menggunakan tandas yang dikhaskan untuk pelajar sahaja. Pelajar tidak dibenarkan ke tandas pada waktu pertama, sebelum dan selepas rehat.

5.3 Tuala wanita(pad) yang telah digunakan hendaklah dibungkus elok-elok dan dibuang ke dalam bekas/ tong yang disediakan.

Page | 35

5.4 Jangan rosakkan kemudahan yang ada kerana ini akan menyusahkan diri sendiri.

5.5 Jika ada kerosakan, laporkannya kepada guru.

5.6 Semua pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan tandas. Elakkan perbuatan tidak mengepam tandas setelah digunakan, menconteng tandas dan sebagainya.

5.7 Semua pelajar mesti mencuci tangan selepas menggunakan tandas.menggunakan selipar tandas yang disediakan semasa masuk ke dalam tandas.

5.8 Semua pelajar mesti

6. BENGKEL

6.1 Bengkel ialah bilik larangan. Masuk setelah mendapat kebenaran guru sahaja.

6.2 Pelajar-pelajar hendaklah beratur dengan tertib di luar bengkel sehingga guru datang.

6.3 Pelajar hendaklah masuk ke dalam bengkel dengan senyap dan teratur. Mereka tidak seharusnya berebut-rebut untuk mendapatkan tempat duduk.

6.4 Dilarang menyentuh dan mengubah peralatan yang sedia ada tanpa arahan guru. Selepas menggunakan alat-alat dan perkakas, hendaklah dipulangkan ke tempat asalnya.

Page | 36

6.5 Mesin dan alat-alat hanya boleh digunakan setelah mendapat kebenaran daripada guru mengajar. Jangan gunakan sebarang peralatan tanpa kebenaran dan pengawasan guru.

6.6 Semua pelajar semasa membuat kerja amali mesti memakai apron dengan baju sekolahnya dibuka. Mereka tidak dibenarkan memakai tali leher semasa membuat kerja amali.

6.7 Jika berlaku suatu kemalangan, laporkannya kepada guru dengan segera.

6.8 Jangan tumpahkan minyak atau penyejuk di atas lantai. Jika berlaku penumpahan, secepatnya minyak itu hendaklah dilap.

6.9 Apabila menggerudi atau mencanai, hendaklah menggunakan kaca mata terang.

6.10 Jangan baling alat-alat dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

6.11 Pelajar tidak dibenarkan bergurau dan berjalan di dalam bengkel tanpa sebab.

6.12 Dilarang mengusik sebarang suis sesuka hati.

6.13 Jika berlaku kerosakan kepada alat–alat atau perkakas-perkakas, meja, lantai dan sebagainya hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera. Jangan biarkan atau

Page | 37

tinggalkan alat yang rosak itu di atas meja dan di mana-mana tanpa memberitahu guru.

6.14 Patuhi segala arahan dan peraturan bengkel

6.15 Jangan bawa keluar sebarang peralatan bengkel

6.16 Bengkel hendaklah sentiasa bersih. Sebelum meninggalkan bengkel hendaklah dibersihkannya.

Peringatan:

Jika terdapat sesuatu kerosakan atau kemalangan di dalam bengkel kerana kesalahan dan kecuaian pelajar itu sendiri atau pelajar-pelajar lain kerana melanggar peraturan di atas, guru-guru atau pihak berkuasa tidak bertanggungjawab. Pelajar-pelajar sentiasa takluk kepada arahan–arahan dan peraturan bengkel yang telah disediakan semasa berada dalam bengkel.

7. MAKMAL SAINS

7.1 Makmal ialah bilik larangan. Masuk setelah mendapat kebenaran guru.

7.2 Dilarang menyentuh, mengusik dan mengubah bahan/alatan yang sedia ada tanpa arahan guru.

7.3 Jangan jalankan uji kaji tanpa pengawasan guru.

Page | 38

7.4 Dilarang bermain/ berbising di makmal.

7.5 Pastikan alat radas selamat untuk digunakan.

7.6 Patuhi segala peraturan dan larangan.

7.7 Bilik makmal mestilah sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas, perkakas di dalam makmal mestilah sentisa berada di tempat yang ditentukan. Semua peralatan dan bahan sains mestilah dikembalikan ke tempat asal setelah digunakan.

7.8 Cuci tangan dengan sabun selepas amali.

7.9 Pastikan semua suis elektrik ditutup sebelum meninggalkan makmal.

7.10 Jika berlaku sesuatu kemalangan seperti luka, terkena api atau asid, hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera.

7.11 Beg pelajar diletakkan di luar makmal. Tiada satu barang pun boleh dibawa keluar dari makmal.

7.12 Kerosakan seperti paip bocor, dawai elektrik terputus dfan suisnya pecah juga hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera.

7.13 Jika kulit terkena asid atau alkali, bahagian terkena itu hendaklah dibasuh dengan menggunakan air.

Page | 39

7.14 Benda-benda pepejal janganlah ditinggalkan di dalam tangki pembasuh untuk mengelakkan tangki tersumbat atau tindakan kimia dan lain-lain.

Peringatan:

Jika terdapat sesuatu kerosakan atau kemalangan di dalam bilik makmal kerana kesalahanan pelajar itu sendiri atau pelajar-pelajar lain kerana melanggar peraturan di atas, guru-guru atau pihak berkuasa tidak bertanggungjawab.

8. BILIK KOMPUTER

8.1 Berbaris semasa masuk dan keluar.

8.2 Masuk hanya setelah dibenarkan guru.

8.3 Tidak dibenarkan membawa makanan/minuman.

8.4 Dilarang berbuat bising di dalam bilik komputer.

8.5 Dilarang memasang dan memadam suis sesuka hati.

8.6 Dilarang mengubah kedudukan peralatan.

8.7 Dilarang menambah dan menghapuskan ‘software’ di dalam komputer.

8.8 Semua disket atau ‘pendrive’ mestilah discan terlebih dahulu.

Page | 40

8.9 Maklumkan sebarang kerosakan kepada guru.

8.10 Ikuti segala peraturan dan arahan guru.

9. KANTIN

9.1 Pelajar dibenarkan berada di kantin sekolah pada waktu rehat, waktu sebelum perhimpunan sahaja.

9.2 Tempat makan yagn dibenarkan hanya di kantin sekolah dan taman di sebelah kantin sahaja.

9.3 Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib semasa membeli makanan/ minuman ikuti arahan pengawas-pengawas yang bertugas.

9.4 Pelajar tidak dibenarka membawa botol air mineral atau sebarang air berbungkus masuk ke kelas.

9.5 Pelajar perlu menyediakan botol air sendiri.

9.6 Basuh tangan sebelum dan selepas makan.

9.7 Duduk ketika makan dan minum.

9.8 Makan dengan sopan dan tertib.

9.9 Jangan makan makanan yang sudah basi.

9.10 Jika berlaku cirit-birit dan muntah-muntah, laporkan kepada guru. Adukan sebarang masalah kepada guru.

Page | 41

9.11 Jangan berlari, bergurau dan bermain di kantin.

9.12 Jangan tinggalkan sebarang pembalut/ pembungkus dan sisa makan di atas meja atau lantai.

9.13 Masukkan pembalut/ pembungkus atau sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan.

9.14 Pelajar-pelajar dilarang masuk ke dalam dapur kantin.

9.15 Masukkan pinggan, mangkuk, piring, cawan, sudu, garpu dan gelas kotor ke dalam besen yang disediakan.

9.16 Pelajar dilarang berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran, kecuali dengan kebenaran pengetua atau bersama guru kerana urusan yang dibenarkan.

9.17 Jangan mengotorkan alas meja.

9.18 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab jika pelajar mengalami keracunan makanan kerana membeli makanan dari pihak luar.

10. KOPERASI

10.1 Semua pelajar wajib menjadi ahli koperasi.

10.2 Pelajar tidak dibenarkan membeli barang-barang keperluan sewaktu kelas sedang dijalankan

Page | 42

10.3 Pelajar hendaklah membeli barang-barang keperluan sebelum waktu persekolahan bermula atau pada waktu rehat.

10.4 Sila beratur dan senyap ketika berurusan dengan koperasi.

11. BILIK SUKAN

11.1 Bilik sukan ialah kawasan larangan.

11.2 Pelajar dilarang masuk ke bilik sukan kecuali dengan kebenaran guru.

11.3 Pelajar tidak dibenarkan mengambil/ mengeluarkan alatan dari bilik sukan tanpa kebenaran guru.

12. BILIK BUKU TEKS(SPBT)

12.1 Pelajar dilarang memasuki bilik SPBT tanpa kebenaran guru.

12.2 Buku teks ialah harta sekolah/ kerajaan.

12.3 Pelajar yang diberi pinjaman hendaklah bersyukur/ berterima kasih kerana mendapat kemudahan ini.

12.4 Keselamatan serta kebersihan buku adalah tanggungjawab pelajar. Sekiranya hilang, pelajar perlu menggantikan balik buku teks yang hilang.
Page | 43

12.5 Dilarang menulis atau menconteng di mana-mana bahagian buku teks.

12.6 Kemudahan pinjaman buku teks seseorang pelajar akan ditarik balik pada bila-bila masa jika didapati tidak bertanggungjawab atas keselamatan atau kebersihan buku yang dipinjam tersebut.

12.7 Buku mesti dibalut dengan plastik.

13. TELEFON AWAM

13.1 Penggunaan kemudahan telefon awam hanya dibenarkan pada waktu rehat atau sebelum dan selepas waktu persekolahan.

13.2 Sekiranya berlaku kecemasan atau keperluan mendesak, penggunaan kemudahan telefon awam pada waktu pembelajaran hendaklah dengan kebenaran guru.

13.3 Pelajar perlu menggunakan telefon awam dengan berhemah. Sila laporkan sebarang kerosakkan kepada pihak sekolah.

14. HARTA BENDA SEKOLAH

14.1 Semua pelajar hendaklah menggunakan semua kemudahan yang disediakan dengan baik dan cermat, dengan menjaga harta benda sekolah baik di dalam kelas

Page | 44

mahupun di kawasan persekitaran sekolah supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.

14.2 Sebarang kerosakan harta benda sekolah hendaklah dilaporkan kepada guru yang bertanggungjawab.

14.3 Perbuatan berunsur ‘vandalisme’ yang merosakkan harta benda sekolah atau mencacatkan keceriaan sekolah amat dilarang. Perbuatan ini termasuklah merosakkan perabot (kerusi, meja, almari dan sebagainya), papan kenyataan, peralatan bekalan elektrik dan air atau menconteng dinding dan sebagainya.

14.4 Pelajar yang didapati melakukan perbuatan ‘vandalisme’ dan merosakkan harta benda sekolah akan dikenakan tindakan disiplin yang berat, termasuk menggantikan kos harta benda yang dirosakkan itu sepenuhnya.

15. Foyer Blok A

15.1 Kawasan ini kawasan larangan pelajar.

15.2 Pelajar tidak dibenarkan lalu atau berada di kawasan tersebut.

16. Foyer Blok B

16.1 Ruang ini adalah digunakan untuk berbincang dan mengulangkaji pelajaran sahaja.

Page | 45

16.2 Tidak dibenarkan makan atau minum di kawasan ini.

16.3 Komputer perlu digunakan sebaik mungkin dan pastikan komputer di “shut down” setelah selesai digunakan.

16.4 Pelajar mestimemastikan meja dan kerusi dalam keadaan kemas dan bersih.

BAHAGIAN F

KESELAMATAN PELAJAR / SEKOLAH,

KAWASAN LARANGAN DAN PENGGUNAAN KEDERAAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAH

a) KESELAMATAN PELAJAR DAN SEKOLAH

1. KESELAMATAN DI BANGUNAN SEKOLAH

a) Pelajar hendaklah berjalan dalam barisan ketika menaiki atau menuruni tangga dan jangan bermain, bergurau atau betolak-tolak semasa menaiki atau menuruni tangga.

b) Jangan bermain, bergurau atau bertolak-tolak berhampiran dengan tangga atau di tebing kaki lima.

c) Dilarang bermain di tangga.

d) Dilarang meludah atau membuang sampah.

e) Laporkan kerosakan seperti keretakan, tingkap pecah dan lain-lain kepada guru tingkatan atau pihak sekolah.

Page | 46

f) Jangan cuba membaiki kerosakan sendiri seperti suis elekttrik, cermin tingkap, pintu, kipas dan lain-lain.

g) Jika terdapat pencerobohan, laporkan kepada pihak sekolah dengan segera.

h) Patuhi arahan guru dari semasa ke semasa.

2. KESELAMATAN PERGI DAN BALIK DARI SEKOLAH

2.1 Keselamatan Diri Pelajar Yang Membawa Kenderaan

a) Memastikan kenderaan yang dinaiki dalam keadaan selamat.

b) Mematuhi arahan pihak yang mengawal kenderaan seperti pemandu dan polis.

c) Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan diri dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah.

d) Hendaklah sentiasa mengambil langkah keselamatan, sedar dan peka akan kemungkinan berlakunya kemalangan, berjalan dalam kumpulan, menggunakan laluan selamat dan melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran seni pertahanan diri.

e) Elakkan diri daripada berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.

f) Laporkan perkara yang mencurigakan kepada sekolah.

Page | 47

g) Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali.

2.2 Pelajar Yang Berjalan Kaki

 Melintas Jalan

a) Cari tempat yang selamat dan berdekatan untuk melintas jalan.

b) Hendaklah berdiri di atas bahu jalan.

c) Undur ke belakang dua langkah apabila melihat kenderaan besar.

d) Melihat ke kanan, ke kiri dan ke kanan semula sebelum melintas. Melintas apabila sudah pasti tiada kenderaan.

 Tempat Selamat Untuk Melintas

a) Lintasan pejalan kaki (zebra crossing)

b) Jejantas

c) Dekat lampu isyarat

d) Di tempat yang terdapat anggota polis atau pengawal lalu lintas.

 Berjalan Kaki Di Kawasan Awam

a) Gunakan jalan kaki lima yang disediakan.

b) Berjalan di sebelah kanan jalan raya dan sentiasa memerhatikan kenderaan yang datang dari arah hadapan.

c) Jangan sesekali berjalan bergandingan.

Page | 48

d) Elakkan diri daripada menyeberang jalan di tempat yang bukan tempat yang dikhaskan.

e) Dilarang bermain-main, bergurau senda atau bertolak-tolak di jalan raya.

f) Elakkan diri daripada menggunakan jalan yang sibuk atau tidak mematuhi arahan lampu isyarat.

 Berjalan Kaki Pada Waktu Malam

a) Sentiasa memakai pakaian yang cerah atau yang ada bahan pemantul cahaya.

b) Sebaik-baik mungkin gunakan lampu suluh.

c) Berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya 2 orang.

 Berjalan Kaki Pada Waktu Hujan

a) Digalakkan menggunakan baju hujan.

b) Jika perlu gunakan payung, pegang dengan cara yang betul supaya tidak menghalang pandangan depan dan gunakan payung yang berwarna cerah.

c) Berjalan dengan cermat terutamanya di tempat yang licin.

d) Berteduh di tempat yang selamat seperti pondok menunggu bas atau bangunan, jangan berteduh di bawah pokok.

e) Jangan bermain-main di dalam hujan.

 Berjalan Di Tempat Sunyi

Page | 49

a) Berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya 2 orang.

b) Sekiranya berlaku kecemasan, jangan panik, menjerit meminta tolong atau cuba mempertahankan diri/ lari menyelamatkan diri.

c) Laporkan kejadian kepada ibu bapa/ guru/ polis untuk tindakan selanjutnya.

3. KESELAMATAN DI PADANG DAN GELANGGANG

3.1 Pelajar hanya dibenarkan menggunakan kemudahan gelanggang atau padang di bawah pengawasan guru.

3.2 Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai ketika mengadakan kegiatan di gelanggang atau padang.

3.3 Keselamatan ketika berada di gelanggang atau padang hendaklah diutamakan. Elakkan perbuatan atau kegiatan yang mendatangkan bahaya kepada keselamatan diri sendiri atau pelajar lain.

3.4 Pelajar dilarang menggunakan gelanggang atau padang ketika cuaca buruk dan hujan.

3.5 Kegunaan gelanggang atau padang pada masa bukan waktu persekolahan dilarang sama sekali, kecuali setelah mendapat kebenaran pihak sekolah dan dengan pengawasan guru.
Page | 50

4. KAWASAN LARANGAN

4.1 Pejabat umum sekolah, Bilik Pengetua, Bilik Penolong Kanan, Bilik Guru Kanan Mata Pelajaran, Bilik Guru dan Bilik Pekerja ialah kawasan larangan pelajar.

4.2 Pelajar dilarang masuk ke makmal Sains, bengkel, bilik cetak, bilik rawatan, bilik mesyuarat dan stor sukan, bilik sejarah dan bilik sinar tanpa kebenaran guru.

4.3 Kawasan loji air dilarang masuk tanpa guru.

4.4 Tempat-tempat lain yang dimaklumkan dari semasa ke

semasa. Pelajar-pelajar dilarang memasuki atau berkeliaran berhampiran dengan kawawsan yang tersebut.

4.5 Pelajar hanya dibenarkan masuk ke tempat-tempat tersebut apabila diminta berbuat demikian oleh guru atau apabila ada urusan rasmi dan hendaklah masuk dengan tertib.

BAHAGIAN G

JENIS TINDAKAN DISIPLIN DAN KATEGORI SALAH LAKU PELAJAR

1. TINDAKAN DISIPLIN

Page | 51

1.1 Jenis-jenis tindakan displin adalah seperti berikut.

a) Nasihat atau sesi kaunseling.
b) Amaran lisan

c) Amaran bertulis(dengan catatan dalam kad rekod disiplin)

d) Rampas(bagi barangan larangan)
e) Denda
f) Amaran dan denda

g) Rotan

h) Amaran dan rotan
i) Perjanjian bertulis
j) Penggantungan sekolah

1.2 Bagi kesalahan-kesalahan tertentu, jenis tindakan yang dikenalkan adalah mengikut keperluan dan kesesuaian dengan peruntukkan peraturan sekolah ini.

a) Pembuangan sekolah.

b) Dirampas dan/ didenda(bagi barang larangan dan kesalahan ringan yang lain.)

c) Digunting rambut bagi kesalahan berambut panjang atau tidak kemas.

d) Diarahkan balik serts-merta (bagi kesalahan penampilan dan kekemasan diri.)

e) Menggantikan kos barang atau harta benda yang dirosakkan(bagi kesalahan “vandalism” atau merosakkan harta benda awam, sekolah, guru atau pelajar lain.)

Page | 52

f) Bagi pelajar yang melakukan kesalahan disiplin yang agak serius, berat dan berulang–ulang, ibu bapa/ penjaga akan diminta hadir ke sekolah untuk sesi perbincangan dengan pihak sekolah, memaklumkan tindakan yang akan dikenakan dan mendapat jaminan bertulis terhadap perubahan tingkah laku anak jagaan mereka.

g) Pelajar yang menjalani hukuman gantung sekolah tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah sepanjang tempoh penggantungan. Kegagalan mematuhi hukuman ini akan menyebabkan pelajar dikenakan tindakan buang sekolah.

h) Keputusan tindakan disiplin pihak sekolah adalah muktamad.Walau bagaimanapun, rayuan terhadap sesuatu keputusan boleh dibuat melalui/ kepada Pengetua untuk pertimbangan selanjutnya.

2. JENIS-JENIS SALAH LAKU

2. 1KESALAHAN RINGAN

a) Menyimpan misai, janggut atau jambang atau berambut panjang.

b) Menyimpan kuku yang panjang.

Page | 53

c) Bermain dalam darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.

d) Menyinpan atau menggunakan, atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah atau bilik-bilik khas yang lain tanpa kebenaran.

e) Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.

f) Berpakaian sekolah yang tidak kemas atau tidak lengkap atau tidak memenuhi keperluan berpakaian seragam sekolah.

g) Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran(kecuali waktu rehat)tanpa kebenaran guru.

h) Membawa atau memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek yang tidak dibenarkan.

i) Menyimpan atau menggunakan atau menyalahgunakan alat atau bahan permainan atau sukan atau alat elektronik sekolah tanpa kebenaran.

j) Memasuki makmal sains, bilik computer, bengkel dan bilik-bilik khas lain tanpa kebenaran.

k) Makan dan minum di dalan bilik darjah.

l) Membazirkan air dan elektrik.

m) Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran(tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberikan perhatian semasa guru mengajar dan lain-lain).

n) Lewat ke sekolah atau lewat masuk ke dalam kelas.

Page | 54

o) Lewat bergerak ke tapak perhimpunan/ makmal/ bengkel/ padang semasa PJK.

p) Bising di dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.

q) Menunggang atau memandu kenderaan di dalam kawasan sekolah.

r) Berjalan-jalan di luar kelas tanpa “PAS KELUAR” atau “PAS TANDAS”.

s) Menggangu ketenteraman kawasan sekolah.

t) Mengganggu guru.

u) Ponteng kelas.

v) Perbuatan lain yang ditakrifkan sebagai kesalahan ringan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.

2.2 KESALAHAN SEDERHANA

a) Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.

b) Menyalahgunakan/ menggunakan peralatan/ sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.

c) Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.

d) Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian dan peperiksaan.

e) Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.

f) Tidak menghormati lagu-lagu dan bendera rasmi sekolah/ negeri/ kebangsaan ketika perhimpunan mingguan.

g) Fesyen rambut ketelaluan seperti ‘punk’/ ’skin head’ atau berwarna.

Page | 55

h) Menconteng harta benda sekolah atau ‘vandalisme’.

i) Memakai barang kemas ketelaluan seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada cuping telinga.

j) Tidak amanah, tidak jujur, menipu dan berbohong termasuk memberikan maklumat palsu kepada guru, pengawas, pelajar lain atau pihak sekolah.

k) Perbuatan lain yang ditakrifkan sebagai kesalahan sederhana oleh Lembaga Disiplin Sekolah.

2.3 KESALAHAN BERAT

a) Melakukan mana-mana kesalahan sederhana melebihi 3 kali.

b) Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.

c) Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan bahan berbakau.

d) Menyimpan, membawa, mengedar minum minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan.

e) Menyebabkan memulakan pergaduhan dan melakukan kekerasan.

f) Melawan, mengancam, memukul atau mengugut atau mencederakan guru atau pengawas atau pelajar.

g) Biadab terhadap guru, pengawas dan murid.

h) Memeras ugut guru, pengawas atau murid.

Page | 56

i) Membawa atau menyimpan atau menggunakan alat atau bahan yang boleh mencederakan atau senjata berbahaya.

j) Melakukan buli(pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.

k) Mencuri, merompak, memecah masuk dan mencerobohi kawasan larangan.

l) Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam perbuatan yang berunsur perjudian dan pertaruhan.

m) Membawa, menyimpam, mempamerkan, mengedar, menerbitkan, atau mencetak bahan bercetak, termasuk rencana, majalah, gambar pita rakaman atau bahan multimedia yang berunsur lucah, perkauman atau politik yang dilarang oleh pihak sekolah atau pihak kerajaan.

n) Menganggotai kumpulan haram, kumpulan kongsi gelap, atau kuapulan sulit atau antisosial atau menyertai kegiatan kumpulan mereka.

o) Mencabul kehormatan guru atau murid.

p) Melakukan perbuantan tidak bermoral atau kegiatan seks (melacur, bersekedudukan, zina, liwat, hubungan luar tabii, menjadi bohsia atau bohjan).

q) Mengintai guru atau murid lain.

r) Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar atau memberikan maklumat kepada media percetakan atau penyiaran tanpa kebenaran.

s) Merosakkan harta benda sekolah atau guru.

Page | 57

t) Membawa atau menggunakan bahan letupan.

u) Menunjukkan aksi atau perbuatan lucah atau berunsur lucah.

v) Menulis, melukis atau melakar perkataan, kenyataan, gambar, atau sketsa lucah serta menghina pihak lain.

w) Duduk berdua-duaan atau berpasangan secara mencurigakan.

x) Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, berpiket, perhimpunan haram atau merusuh.

y) Menyalahgunakan alat permainan, eletronik atau bahan-bahan multimedia.

z) Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.

aa) Menganjurkan atau membabitkan diri dalan acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

bb) Ponteng sekolah secara berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala(berturut-turut)selama 60 hari/ selama 1 tahun sesi persekolahan.

cc) Membawa masuk tetamu dari luar ke dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran.

dd) Mengedar, memiliki dan mempamerkan bahan lucah.

ee) Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.

Page | 58

ff) Menunjukkan perlakuan yang mengganggu kelancaran perjalanan ujian/ peperiksaan .

gg) Menganggu atau menjejaskan kuasa pengetua atau guru-guru lain yang sedang menjalankan tugas rasminya.

hh) Perbuatan lain yang ditakrifkan sebagai bahaya seperti kesalahan berat oleh Lembaga Disiplin Sekolah.

BAHAGIAN H

BARANGAN LARANGAN

1. BARANGAN LARANGAN

1.1 Barangan yang dilarang dibawa ke sekolah:

a) Rokok, ganja, dadah, ‘lighter’ dan barang-barang yang

sejenis dengannya(kategori berbahaya)-SEKOLAH IALAH KAWASAN LARANGAN MEROKOK.

b) Barang-barang tajam dan berbahaya seperti pisau, gunting dan sebagainya.

c) Mercun, bunga api dan sebagainya(kategori berbahaya).

d) Barang-barang perhiasan seperti rantai emas, rantai tali, cincin, gelang plastik dan sebagainya.

e) Alat-alat solek dalam apa-apa bentuk.

f) Alat-alat elektronik seperti “game and watch”, radio, kaset, “walkman”, pita video, VCD, CD-Rom, permainan video dan sebagainya.

Page | 59

g) Bahan-bahan bercetak yang tidak sesuai seperti komik, majalah hiburan, majalah feksyen, buku lirik, poster-poster bintang filem, katalog alat solek, majalah lucah, gambar lucah dan seumpamanya.

h) Pakaian selain pakaian sekolah kecuali dengan kebenaran Pengetua untuk sesuatu tujuan.

i) Foto-foto kegiatan luar selain foto yang berkaitan dengan aktiviti sekolah.

j) Semua jenis barangan dengan tujuan untuk dijual kecuali melalui kegiatan persatuan dengan kebenaran Pengetua.

k) “Liquid paper”, “marker pen” dan “gold dust”.

l) Alat-alat permainan seperti daun terup/ berunsur berjudi/ pertandingan(sebarang bentuk alat perjudian).

m) Semua jenis ubat kecuali daripada doktor.

n) Semua jenis barang kemas, barang-barang dan wang yang melebihi had yang diperlukan. Kehilangan harta benda ini adalah tanggungjawab sendiri dan jangan menyalahkan pihak sekolah.

o) Telefon bimbit(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2009)-Penguatkuasaan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh pelajar di kawasan sekolah.

p) “Chewing gum”, gula-gula dan makanan ringan(junk food).

q) Makanan dan minuman yang diharamkan oleh agama dan undang-undang Negara.

Page | 60

r) Kamera, perakam video, “Tab” dan komputer riba.

s) Barang-barang yang ditakrifkan tidak sesuai dibawa oleh pelajar sekolah yang diumumkan dari masa ke masa bergantung kepada keperluan dan keadaan.

1.2 Walaupun demikian, barang-barang yang berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Seni, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya dengan kebenaran guru berkenaan adalah dikecualikan.

1.3 Sekiranya ingin membawa alatan seperti kamera, perakam video dan alat muzik, pelajar perlu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak sekolah.

1.4 Dari semasa ke semasa, pihak sekolah akan memaklumkan barang-barang larangan yang tidak dibenarkan dipakai atau dibawa ke sekolah oleh pelajar.

BAHAGIAN I

Page | 61

KEGIATAN LUAR DAN HUBUNGAN DENGAN PIHAK LUAR DAN PELAWAT YANG BERURUSAN DENGAN PIHAK SEKOLAH

1. HUBUNGAN DAN KEGIATAN DENGAN PIHAK LUAR

1.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memasuki atau menjadi anggota sebarang pertubuhan politik atau pertubuhan haram atau kumpulan sulit(antisosial).

1.2 Pelajar dilarang membuat apa-apa hubungan dengan pihak luar(persatuan/ kelab luar) tanpa pengetahuan guru penasihat/aguruatingkatan.

1.3 Pelajar tidak digalakkan menyertai kegiatan kumupulan tertentu di luar sekolah bukan anjuran sekolah tanpa pengetahuan dan kebenaran ibu bapa/ penjaga masing-masing.

1.4 Kebenaran perlu dipohon daripada pengetua jika seseorang pelajar ingin mengambil bahagian dalam sesuatu kegiatan yang tidak dikelolakan oleh pihak sekolah.

1.5 Segala urusan kegi atan dengan pihak luar tidak boleh dilakukan di dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran

Page | 62

pengetua.

1.6 Surat-menyurat untuk kegiatan luar yang dibuat atas urusan rasmi dan dibenarkan oleh pihak sekolah hendaklah dirujukakepadaapengetua.

1.7 Pihak sekolah berhak membuka dan menapis/ memeriksa semua surat pelajar yang alamatkan ke sekolah.

1.8 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang risiko kemalangan dan sebagainya akibat penglibatan pelajar dalam kegiatan yang dianjurkan oleh pihakaluar.

1.9 Pelajar sekolah lain atau bekas pelajar sekolah ini tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah tanpa kebenaranapengetua.

1.10 Pelajar perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pejabat jika hendak menggunakan perkhidmatan telefonauntukamenghubungiaorangaluar.

2. PELAWAT YANG BERURUSAN DENGAN SEKOLAH

Page | 63

2.1 Semua pelawat mesti lapor diri dan mendapatkan “PAS PELAWAT” dan surat kebenaran di pondok penjaga termasuk ibu bapa/ penjaga pelajar mesti berjumpa dengan pengetua (atau wakilnya di pejabat sekolah) sebelum berurusan dengan pihak sekolah, guru, staf sokongan atau pelajar sekolah ini.

2.2 Ibu bapa/ penjaga yang hendak berurusan dengan anak masing-masing hendaklah menunggu di pejabat atau di bilik yang ditetapkan. Pelawat tidak dibenarkan pergi dari kelas ke kelas atau berlegar-legar di sekitar kawasanasekolah.

2.3 Semua pelawat termasuk ibu bapa/ penjaga hendaklah berpakaianasopanadanakemas.

2.4 Dalam keadaan tertentu , pihak sekolah akan meminta ibu bapa/ penjaga/ wakil untuk menunjuk kad pengenalan sebagaiabuktiapengenalanadiri.

2.5 Kenderaan pelawat ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran pengetua atau wakilnya.

3. TATACARA PELAJAR MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM

Page | 64

a) Pelajar mematuhi prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

b) Pelajar tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti tanpa pengawasan guru penasihat dan jurulatih.

c) Memaklumi guru tentang penyakit yang dihadapi atau kecederaan yang memerlukan ubat-ubatan tertentu.

d) Pelajar memastikan dirinya membawa alat kelengkapan yang perlu dan sesuai dengan aktiviti.

e) Pelajar perlu mematuhi arahan-arahan semasa yang diberikan oleh guru.

f) Pelajar perlu mengetahui langkah-langkah keselamatan atau rawatan yang boleh diambil sekiranya berlaku kemalangan kepada dirinya atau rakan-rakan.

g) Pelajar perlu membuat laporan kepada guru penasihat jika ada perkara-perkara yang mungkin boleh menggangu keselamatan dan perjalanan akitiviti.

h) Ketua-ketua bagi setiap unit beruniform, persatuan, kelab dan permainan yang dilantik perlu sentiasa bekerjasama dengan guru penasihat untuk mengawai keselamatan.

4. TATACARA SUKAN

Page | 65

a) Pelajar mematuhi peraturan keselamatan semasa menjalani akitiviti sukan.

b) Pelajar tidak dibenarkan menjalani sebarang aktiviti tanpa pengawasan guru atau jurulatih.

c) Memaklumi guru tentang penyakit dan kecacatan yang memungkinkan pelajar tidak dapat menjalani akitiviti sukan.
d) Semasa menjalani aktiviti sukan, pelajar tidak boleh membawa barang-barang yang membahayakan diri atau pemain lain seperti pisau, sikat tajam, menyimpan kuku panjang dan lain-lain.

e) Pelajar mesti mengikut arahan guru atau jurulatih ketika menjalani aktiviti sukan.

f) Pelajar harus memberitahu guru/ jurulatih jika terdapat pelajar lain yang melakukan aktiviti yang tidak selamat.

g) Pelajar melaporkan kemalangan yang berlaku kepada guru/jurulatih dengan segera supaya tindakan dapat diambil dengan segera.

h) Pelajar perlu mengetahui dan melakukan langkah-langkah keselamatan atau rawatan yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan kepada dirinya atau rakan-rakan di padang atau gelanggang.

i) Pelajar menggunakan peralatan dengan cara yang betul, iaitu mengikut prosedur sebagaimana yang dimaklumkan oleh guru/ jurulatih.

Page | 66

j) Pelajar memastikan peralatan sukan yang diambil dalam keadaan yang baik dan memulangkan kepada guru jika peralatan yang hendak digunakan tidak sempurna.

k) Pelajar mesti membersihkan, mengembalikan dan menyusun peralatan sukan di tempat asal peralatan itu diambil.

l) Pelajar hendaklah memastikan padang dan gelanggang dalam keadaan bersih sebelum ditinggalkan, iaitu membuang botol-botol kosong, sisa makanan dan sampah sarap di tempat pembuangan sampah.

m) Pelajar perlu melaporkan setiap kerosakan atau kehilangan peralatan sukan kepada guru/ jurulatih yang bertugas.

5. TATACARA MENYERTAI AKTIVITI LUAR

a) Dapatkan kebenaran ibu bapa.

b) Pakai pakaian dan kasut yang sesuai.

c) Bawa peralatan yang lengkap.

d) Sentiasa mendengar arahan guru sebelum memulakan sesuatu aktiviti.

e) Sentiasa menjaga disiplin dan nama baik sekolah.

f) Sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan rakan-rakan yang lain.

g) Sentiasa menjaga kebersihan sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

h) Laporkan apa-apa masalah kepada guru.

i) Sentiasa mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Pindaan pada November 2013, berkuat kuasa mulai Januari 2014.

 

IKRAR PELAJAR

Bahawasanya saya, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA, Johor Bahru dengan penuh kesedaran mengaku bahawa saya akan sentiasa:

 Menumpukan taat setia kepada raja, negara dan perlembagaan negara malaysia
 Bertanggungjawab meninggikan imej sekolah

 Bertanggungjawab menjadi pelajar yang berdisiplin tinggi

 Bertanggungjawab mencapai objektif sekolah iaitu: KecemerlanganAkademik
Kecemerlangan Kokurikulum Kecemerlangan Tatasusila

Dengan ini saya berikrar akan:
 Mengamal dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara

 Belajar bersungguh-sungguh

 Mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah

 Aktif dalam kegiatan sekolah

 Menghormati ketua dan guru-guru

Sesungguhnya inilah ikrar saya selama saya menuntut, khusus di Sekolah Menengah Kebangsaan BANDAR BARU UDA.

Nota: Ikar ini akan dilafazkan dalam perhimpunan dan akan di tandatangani oleh pelajar dalam kelas masing-masing dengan disaksikan oleh guru tingkatan. Salinan ikrar akan disimpan dalam Fail Perbadi Pelajar.

 

PERAKUAN IBU/BAPA/ PENJAGA

Saya mengerti panduan-panduan yang digariskan adalah untuk menbentuk dan mencapai kecemerlangan dari segi kurikulum,kokurikulum dan tatasusila bagi anak/ jagaan saya selain daripada usaha membentuk keperibadian yang seimbang, dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Saya juga mengerti bahawa sekiranya anak/ jangaan seperti nama di atas melanggar peraturan-peraturan dan syarat–syarat yang disenaraikan di dalam Buku Peraturan Pelajar ini, tindakan tatatertib akan diambil mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Sekolah/ Kementerian Pelajaran.