SMKBBU

   MAKLUMAN PENTING **Pembukaan sekolah bagi pelajar semua pelajar. Semua ibu bapa dan penjaga diharap dapat memastikan anak yang dihantar ke sekolah dalam keadaan sihat. SMKBBU komited memberi yang terbaik untuk warga pelajarnya. SMKBBU MANTAP DAN HEBAT!

Unit Bimbingan dan Kaunseling

Visi ( Bimbingan & Kaunseling )

– Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah

Misi ( Bimbingan & Kaunseling )

– Untuk merealisasikan visi , kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya :

  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan .
  • Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
  • Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling .
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
  • Memupuk semangat patriotik dan kualitik kepimpinan di kalangan murid.

Keperluan terhadap perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah seiring dengan kepentingan unit kurikulum yang memberi fokus terhadap perkembangan kognitif melalui kegiatan utama iaitu pengajaran dan pembelajaran. Ia juga seiring dengan perkembangan psikomotor melalui unit Kokurikulum. Pembangunan sahsiah dan disiplin juga ditunjangi oleh Unit Hal Ehwal Murid. Kesempurnaan pembinaan diri seseorang pelajar dilengkapkan dengan fungsi sokongan yang diterajui oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Pelbagai isu seperti psikososial dan kesejahteraan mental, kekeluargaan, kemahiran-kemahiran asas selain daripada masalah akademik dan kerjaya merupakan isu-isu yang tidak mampu ditangani oleh seorang guru biasa lantaran kesibukan dan bebanan tugas yang dipikulkan ke atas bahu mereka. Fokusnya tetap kepada pembangunan diri pelajar.

 

 

WAKTU PERKHIDMATAN

AHAD – RABU
07.30 PAGI – 01.40 PETANG (SESI PAGI)
1.10 PETANG – 06.45 PETANG (SESI PETANG)

KHAMIS
07.30 PAGI – 12.30 TGH (SESI PAGI)
02.15 TGH – 04.45 PETANG (SESI PETANG)

Sila berjumpa dengan kaunselor untuk temu janji sesi kaunseling.