SMKBBU

   MAKLUMAN PENTING **Pembukaan sekolah bagi pelajar semua pelajar. Semua ibu bapa dan penjaga diharap dapat memastikan anak yang dihantar ke sekolah dalam keadaan sihat. SMKBBU komited memberi yang terbaik untuk warga pelajarnya. SMKBBU MANTAP DAN HEBAT!

Unit Disiplin

INFO DISIPLIN SMKBBU 

Menggunakan sepenuhnya SSDM (Sistem Sahsiah Diri Murid) bagi memastikan dan mengawal sahsiah murid di dalam sekolah sepanjang waktu PDPC berlangsung ataupun diluar waktu tersebut.

SSDM Sistem Sahsiah Murid adalah satu sistem yang telah ditambah baik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. SSDM yang lama hanya mencatat salahlaku disiplin pelajar sama ada kes ringan atau kes berat. Manakala SSDM terbaru ini pihak sekolah boleh mencatatkan amalan terpuji murid selain fungsi asalnya iaitu mencatat rekod salah laku murid sahaja. Melalui penambahbaikan ini murid berpeluang mendapatkan markah amalan terpuji yang telah dilakukan di sekolah.

TUJUAN

Antara tujuan sistem ini adalah untuk 

  1.  Menambahbaikan sistem SSDM sedia ada.
  2. Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
  3. Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
  4. Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.
  5. Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM,  Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
  6. Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan.