SMKBBU

   MAKLUMAN PENTING **Pembukaan sekolah bagi pelajar semua pelajar. Semua ibu bapa dan penjaga diharap dapat memastikan anak yang dihantar ke sekolah dalam keadaan sihat. SMKBBU komited memberi yang terbaik untuk warga pelajarnya. SMKBBU MANTAP DAN HEBAT!

Logo, Lagu dan Bendera Sekolah

LOGO SEKOLAH

 

HURUF SMKBBU
Singkatan nama penuh sekolah
‘SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU UDA’

LAMBANG

  • GEAR DAN ATOM
    Melambangkan sekolah mengikut perkembangan dan kemajuan Sains dan Teknologi.
  • BUKU TERBUKA
    Melambangkan betapa pentingnya menuntut ilmu untuk sesuatu kemajuan dan sekolah sebagai sumber pengetahuan.
  • LIMA GELUNG BERANGKAI
    Lambang keterampilan sekolah dalam arena sukan dan lambang perpaduan erat di antara anggota-anggota sekolah dan juga sekolah dalam masyarakat.
  • MERCU SEGITIGA KUNING
    Melambangkan segala aktiviti yang dijalankan di sekolah ini adalah menuju ke satu arah iaitu kecemerlangan pendidikan secara menyeluruh.
  • HUJUNG PITA DI SEBELAH KANAN DAN KIRI
    Gambaran sepasang tangan simbol kepada setiap anggota sekolah ini menjunjung martabat sekolah dan berdoa demi kejayaan dan kecemerlangan yang berterusan.

WARNA

  • PUTIH
    Melambangkan kesucian dan kebersihan
  • HIJAU
    Lambang keislaman dan nilai-nilai murni sejagat serta lambang kecergasan diri, fizikal, mental, rohani dan jasmani.
  • MERAH
    Lambang keberanian, kesungguhan dan kegigihan.
 

LAGU SEKOLAH

Senikata oleh :
En Kamsani bin Selamat
En Mohd Syed Salleh

Gubahan Muzik oleh :
En Isa bin Amri
Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru. 1995
 

KAMI MEGAH DI SINI
SEKOLAH YANG DICINTAI
BELAJAR SESUNGGUH HATI
BERJAYA DAN BERBAKTI..

SEKOLAH MENENGAH UDA
MENJUNJUNG BUDAYA CEMERLANG
MENGANGKAT MARTABAT BANGSA
MENUJU ERA GEMILANG..

DEMI ILMU BERGUNA
KAMI PADUKAN TENAGA
HATI DAN JUGA MINDA
TERCAPAI CITA-CITA..

DIDIKAN GURU SEJATI
AKHLAK ILMU DIBERI
HARAPAN DAN INSPIRASI
JANJIKAN KITA TEPATI..

KAMI SUNGGUH BERBANGGA
MENGAMAL COGAN KATANYA
BERILMU, BERWIBAWA, BERBAKTI
UNTUK NUSA DAN BANGSA…

Pautan Link: