SMKBBU

   MAKLUMAN PENTING **Pembukaan sekolah bagi pelajar Tingkatan 5 sahaja pada 24/6/2020 (Rabu). Semua ibu bapa dan penjaga diharap dapat memastikan anak yang dihantar ke sekolah dalam keadaan sihat. SMKBBU komited memberi yang terbaik untuk warga pelajarnya. SMKBBU MANTAP DAN HEBAT!

Pengenalan

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA mula beroperasi pada 01 Disember 1994 bagi sesi persekolahan 1994/95. Pendaftaran para pelajar yang seramai 384 orang pelajar tingkatan 1 dan 166 orang pelajar tingkatan 2 diadakan di kantin sekolah ini.

Projek pembinaan sekolah ini menelan belanja kira-kira RM3.8 juta dan diterajui oleh Kontraktor Utama Jurusa Sdn. Bhd. Pembinaan sekolah ini adalah di bawah Projek Pinjaman Wang Dunia. Projek ini melibatkan keluasan 5.1174 hektar atau 12 ekar berlokasikan pembinaannya di Jalan Padi Ria 1, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru. Projek ini memulakan kerjanya pada Julai 1993. Bangunan sekolah ini dapat digunakan sepenuhnya pada 17 April 1995. Sebelum ini semua pengurusan sekolah dijalankan secara menumpang di SMK Tasek Utara sementara menunggu bangunan sekolah ini siap sepenuhnya.

Pelbagai perubahan telah dilakukan dari segi penambahan fizikal sekolah agar dapat memberi keselesaan kepada pelajar untuk belajar dan menepati arus standard pendidikan masa kini. Sehingga kini, pelbagai kejayaan dalam akademik dan kokurikulum telah menaikkan nama SMKBBU.

MOTO SEKOLAH

BERILMU BERWIBAWA BERBAKTI

 

VISI SEKOLAH

 PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA 
 

MISI SEKOLAH

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

MATLAMAT SEKOLAH

• MELAHIRKAN BANGSA MALAYSIA YANG TAAT SETIA DAN BERSATU PADU.
• MELAHIRKAN INSAN YANG BERPENGETAHUAN, MEMPUNYAI KEMAHIRAN BERFIKIR, KEMAHIRAN MEMIMPIN, KEMAHIRAN DWIBAHASA, MEMILIKI ETIKA DAN KEROHANIAN SERTA IDENTITI NASIONAL
• MENYEDIAKAN SUMBER TENAGA MANUSIA UNTUK KEPERLUAN KEMAJUAN NEGARA.
• MELAKSANAKAN KAEDAH PENDIDIKAN ALAF 21
• MEMPERKASA HUBUNGAN DI ANTARA SEKOLAH DAN KOMUNITI