Stakeholder SMK Bandar Baru UDA terdiri daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Persatuan ASMUDA dan Persatuan Alumni SMKBBU Alumni Association (S.A.A).
PIBG sekolah telah banyak menyumbang wang ringgit dan keringat tenaga dalam memastikan pelajar sekolah SMKBBU dapat belajar dengan lebih selesa dan cemerlang di bidang Akademik dan Kokurikulum.
SMK Bandar Baru UDA juga sungguh bertuah kerana mempunyai dua Alumni yang komited membantu dan memberi sumbangan wang ringgit serta tenaga dalam pembangunan sekolah supaya lebih cemerlang.