Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

OBJEKTIF

  1. Semua pelajar (100%) mencapai tahap minimum band 4 untuk semua mata pelajaran Tingkatan 1, 2 dan 3.

  2. Sebanyak 30 % pelajar mencapai tahap band 5 dan 6 untuk semua mata pelajaran Tingkatan 1, 2 dan 3

  3. Meningkatkan GPS SPM daripada 4.55 kepada 4.26.

  4. Meningkatkan tahap keupayaan pelajar dalam bidang kokurikulum agar mencapai kedudukan tempat pertama bagi pertandingan yang disertai di peringkat daerah dan sekurang-kurangnya tempat ketiga pada peringkat negeri.

  5. Meningkatkan peratus kehadiran pelajar kepada 95%.

 

 

SASARAN SEKOLAH 2018

A. KURIKULUM

PT3

  • Sebanyak 60% pelajar mencapai tahap menguasai. GPS kurang daripada 2.86.

  • Sekurang-kurangnya 6 pelajar mencapai keputusan cemerlang (A dalam setiap matapelajaran diambil).

SPM

  • Peratus kelulusan 100%.

  • Gred Purata Sekolah kurang daripada 4.20. Bilangan Pelajar cemerlang sekurang-kurangnya 6 orang.

B. KOKURIKULUM

  • Penglibatan pelajar secara aktif melebihi 95%.

  • Peringkat penglibatan di peringkat  Negeri, Kebangsaan untuk Badan Beruniform, Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan.

  • Kejayaan-kejayaan pelajar di peringkat Negeri, dan Kebangsaan.

C. SAHSIAH PELAJAR TERPUJI

  • Tiada gejala negatif seperti merokok, dadah, ponteng dan lain-lain.

  • Segak, kemas, bersih dan berpersonaliti.

  • Rajin, dedikasi dan berdikari.

  • Hormat dan berbudi bahasa.

D. SUASANA SEKOLAH YANG KONDUSIF

  • Menyediakan kemudahan fizikal yang lengkap dan selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

  • Persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat kepada semua warga sekolah.

E. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN YANG KONDUSIF

  • Meningkatkan pencapaian sekolah dalam standard SKPM pada tahun 2018.

  • Meningkatkan prestasi kewangan sekola kepada tahap cemerlang.

  • Meningkatkan prestasi kecekapan pengurusan pejabat sekolah.

  • Meningkatkan tahap profesionalisme guru kepada PdPc (Pembelajaran dan PemudahCara) dalam PdP.

  • Mengoptimumkan keupayaan tenaga kerja dan kepakaran guru, staf dan kakitangan sekolah.

  • Mewujudkan budaya penyayang dalam kalangan seluruh warga sekolah.

F. HUBUNGAN KOMUNITI YANG MESRA

  1. Kerjasama yang utuh diantara sekolah dengan:

    • PIBG

    • Komuniti setempat

    • Ibu bapa/ Pelajar

    • Petubuhan NGO

    • Para pemimpin masyarakat dan lain-lain pihak yang berhubungan dengan pihak sekolah.

  2. Komuniti yang menyumbang ke arah pembangunan sekolah dari segi sokongan moral dan material.

  3. Sekolah menyumbang kepada komuniti dari segi kemudahan-kemudahan fizikal, kepakaran guru yang boleh digunakan oleh pihak komuniti.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.