Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

PIAGAM PELANGAN

Kami warga SMK Bandar Baru UDA, Johor Bahru dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan :

1. Memastikan Sistem Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan sepenuhnya di sekolah ini selaras dengan kehendak individu, masyarakat dan negara bagi melahirkan generasi berilmu serta memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Memastikan pendidikan kepada pelajar menjadi keutamaan kami dan tidak akan dinafikan haknya daripada menerima pendidikan selaras dengan prinsip pendemokrasian pendidikan.

3. Memahami, menghayati dan menyaksikan pelaksanaan 4 aspek yang berikut :

  • Meningkatkan AKSES kepada pendidikan
  • Meningkatkan EKUITI dalam pendidikan
  • Meningkatkan kualiti pendidikan
  • Meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan

4. Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan ceria bagi memudahkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

5. Memastikan kami sentiasa peka dan renponsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan kami yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa, PPD, JPN dan KPM.

6. Memastikan tenaga kerja yang mencukupi, dedikasi, efisien, telus dan tulus terhadap tugasan pada setiap masa.

7. Sentiasa bersedia menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

8. Memberikan layanan adil dan mesra, perkhidmatan yang cekap dan maklumat yang lengkap dan tepat kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.

9. Mewujudkan budaya penyayang dalam kalangan seluruh warga sekolah dan hubungan mesra dengan komuniti.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.