Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA mula beroperasi pada 01 Disember 1994 bagi sesi persekolahan 1994/95. Pendaftaran para pelajar yang seramai 384 orang pelajar tingkatan 1 dan 166 orang pelajar tingkatan 2 diadakan di kantin sekolah ini.

Projek pembinaan sekolah ini menelan belanja kira-kira RM3.8 juta dan diterajui oleh Kontraktor Utama Jurusa Sdn. Bhd. Pembinaan sekolah ini adalah di bawah Projek Pinjaman Wang Dunia. Projek ini melibatkan keluasan 5.1174 hektar atau 12 ekar berlokasikan pembinaannya di Jalan Padi Ria 1, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru. Projek ini memulakan kerjanya pada Julai 1993. Bangunan sekolah ini dapat digunakan sepenuhnya pada 17 April 1995. Sebelum ini semua pengurusan sekolah dijalankan secara menumpang di SMK Tasek Utara sementara menunggu bangunan sekolah ini siap sepenuhnya.

Pelbagai perubahan telah dilakukan dari segi penambahan fizikal sekolah agar dapat memberi keselesaan kepada pelajar untuk belajar dan menepati arus standard pendidikan masa kini. Sehingga kini, pelbagai kejayaan dalam akademik dan kokurikulum telah menaikkan nama SMKBBU.

MOTO SEKOLAH

BERILMU BERWIBAWA BERBAKTI

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.