SMKBBU

   MAKLUMAN PENTING **Pembukaan sekolah bagi pelajar semua pelajar. Semua ibu bapa dan penjaga diharap dapat memastikan anak yang dihantar ke sekolah dalam keadaan sihat. SMKBBU komited memberi yang terbaik untuk warga pelajarnya. SMKBBU MANTAP DAN HEBAT!

smkbbu

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN

Sukacita dimaklumkan SMK Bandar Baru UDA akan melangsungkan kejohanan padang dan balapan seperti ketetapan berikut:   Tarikh: 25 Julai 2019 Hari : Khamis Masa: 7.00 hingga 2.00 petang Tempat: Stadium EDUCITY Kami warga SMKBBU menjemput semua ibu bapa dan pelajar untuk hadir bagi memeriahkan aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah. Jumpa anda di sana!  

JOM SINGGAH BOOTH ALUMNI SMKBBU!

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera. Perhatian buat semua warga SMKBBU, SMKBBU Alumni Association (S.A.A) bersama jemputan mereka, iaitu Team Sukarelawan COMBI JB akan turut terlibat sempena Hari Kokurikulum SMKBBU kali ke-5. Pelbagai aktiviti yang menarik menanti anda. JOM SINGGAH!

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SMKBBU BERSAMA KPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami warga SMK Bandar Baru UDA amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Yang Berusaha, Encik Mohamad Azhan bin MD. Amir. Tujuan kunjungan diadakan bagi melihat program pengantarabangsaan yang dijalankan di SMK Bandar Baru UDA. Semoga kunjungan ini dapat memberi inspirasi kepada semua pelajar untuk melibatkan diri …

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SMKBBU BERSAMA KPM Read More »

PRE-ORDER T-SHIRT S.A.A. !

Inilah masanya‼️ 🅿️RE 🅾️RDER T-SHIRT S.A.A 👕 Tempahan T-Shirt S.A.A secara “Pre-Order” kini dibuka kepada SEMUA WARGA SMKBBU yang berminat. Sebanyak 5⃣0⃣ pre-order SAHAJA akan dibuka bagi batch pertama ini. Tarikh pre-order T-Shirt S.A.A akan DITUTUP pada 4 OGOS 2019 iaitu sebulan dari sekarang. Jom ramai² submit order!! Perincian harga dan saiz T-Shirt S.A.A :- …

PRE-ORDER T-SHIRT S.A.A. ! Read More »

Tahniah SMKBBU !

Pada 10 Jun 2019 bersamaan hari Isnin , Program Pengantarabangsaan SMKBBU – Yong Moon High School telah dipaparkan di salah satu program TV di Korea Selatan . Program TV ini dikenali sebagai The Golden Bell Challenge yang disiarkan di saluran KBS1 . Sekali lagi diucapkan tahniah kepada SMKBBU ! Semoga terus berjaya dan cemerlang pada …

Tahniah SMKBBU ! Read More »

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Alhamdulillah pada hari khamis , 23 /5/2019 bersamaan 18 Ramadhan telah berlangsungnya majlis khatam al-quran dan bacaan yaasin tahlil sempena bulan ramadhan ini. Selain itu , berlangsung juga penyampaian duit raya kepada pelajar Asnaf. Semoga pada bulan yang mulia ini , dapatlah kita memperbaiki diri dan memperbanyakkan amalan soleh .insyallah..